=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi
Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...
Contoh:
* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!
N-O S-C-A-M
N bermaksud: NAME.
Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?
* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!
Tulisan Irfan Khari di http://www.irfankhairi.com
Rupa-rupanya si Remy ni suka menggatal dan bercerita perkara-perkara lucah. Tapi Remy ni pandai berlakon, depan bos dia memang ‘cover line’ habis, langsung tak nampak perangainya yang miang dan over tu. Sekali pandang memang tak nampak cacat celanya. seperti lelaki `lindungan Kaabah’ layaknya!
Suatu hari dua kakitangan perempuan yang muda melapurkan diri di pejabat Remy bagi menjalani latihan praktikal. Macam biasalah, siapa lagi yang kena take over ajar budak-budak tu, kalau bukan Remy. Si Remy ni pulak, kali pertama tengok budak-budak ni bukan main excited lagi, hampir nak meleleh air liurnya. Lebih-lebih lagi bila kedua-duanya daring dan seksi, berdegup lajulah jantungnya menahan gelora nafsu!
Minggu pertama Remy cuba `cover line’, mengajar pun nampak cool dan straight to the point. Remy tunjukkan yang dia seorang pengajar profesional. Sesekali anak matanya liar mencuri pandang ke lokasi-lokasi sulit awek-awek itu.
Lagipun, mana boleh tahan kalau tiap-tiap hari awek praktikal ni pakai skirt pendek dan baju ketat yang menampakkan segala `lurah dendam’. Memang Remy rasa tercabarlah. Jadi, Remy mula susun strategi, langkah pertama Remy memberanikan diri memegang tangan awek itu ketika mengendalikan tetikus, kononnya nak berikan tunjuk ajarlah.
Langkah pertama berjalan lancar. Awek tu pun nampaknya buat tak tahu je, jadi Remy pun mulalah rancang strategi kedua. Kali ni nak cuba yang heavy sikit. Manalah tau, kot-kot dapat ‘green light’ nanti, tak pasal-pasal dapat #@%^ free.
Jadi, keesokannya Remy dah mula bergurau senda dengan awek-awek tu. Nampaknya ada response! Jadi Remy memberanikan diri memegang bahu dan tangan pula. Nampaknya berhasil! Tak ada pulak complaint dari awek tersebut. Fuhhh..apa lagi nampaknya bolehlah teruskan misi yang lebih mencabar, bisik hati Remy.
Kali ini Remy mula buat rancangan gilanya. Dia nak lebih advanced dari selalu. Dia plan nak pegang *%$@$ pulak. Baginya kalau dapat pegang dan raba part tu, maknanya confirm dia boleh dapat $%#@ free lepas ni.
Lepas waktu rehat tu Remy bersiap-sedia tunggu di meja awek tu. Bila awek tu sampai je, Remy mulalah `pasang ayat’ dan cerita topik-topik yang berunsur 18 SX. Awek tu pun bukan main syok melayan, Remy pun apa lagi cuba himpit dan tangannya terus meraba ke …..jeng jeng jeng....faham-fahamlah ye!
Satu opis gempar dengar berita sensasi iaitu Remy ditahan polis akibat melakukan jenayah seksual di tempat kerja! Awek praktikal tu bukan sekadar report kepada bos, tapi terus kepada polis.
Seterusnya Remy direman dan dikenakan ikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Di pejabat, bos-bos dan ketua jabatan bermesyuarat dan sebulat suara memberikan kata putus iaitu Remy bersalah dan harus dibuang kerja.
Remy memang menyesal dengan perbuatannya. Apa yang terjadi adalah satu malapetaka besar dalam hidupnya. Kini Remy cuba memulihkan hidupnya. Apa yang terjadi akan disimpan sebagai peringatan.
Walau bagaimana detik menanti tarikh perbicaraan tetap menghantui dirinya? Mampukah dia menjelaskan yang dirinya tak bersalah? Apakah hukuman lain yang akan diterimanya lagi selepas ini?
Moral cerita: Jangan ikutkan nafsu, buruk padahnya. Diri sendiri yang merana. Kalau rasa tak tahan, cari isteri dan berkahwinlah.