bersambung..Julia pun pergi tanpa pengetahuan Sufian ke Genting..Julia pergi sehari sahaja bertolak pagi dan pulang pada mlmnya..Tujuan Julia ke sana untuk menyedapkan hatinya sahaja yang semenjak sakit hati dengan tingkah laku Sufian..
Tetapi tindakan Julia ke Genting tu sampai juga ke pengetahuan Sufian..Sufian dapat tahu berita itu dari pada myspace kawan Julia yang meletakkan gambar Julia bersama2 dengan kawan2 nya y laen..Sufian rasa begitu kecewa disebabkan tindakan Julia ke sana tanpa pengetahuan Sufian..Sufian hantar mesej kepada Julia dengan menggunakan kata2 yang kurang menyenangkan Julia..Julia sedar kesalahan yang dilakukannya itu, tetapi dia begitu sebab Sufian yang tidak membalas setiap mesejnya dan macam menganggap Julia seperti tiada kena mengena dengannya..Tapi Julia meminta maaf kepada Sufian atas segala tindakannya itu..Tapi Sufian yang sikap ego tidak memaafkan Julia, dan berkata dia akan balas 10x kali ganda atas apa yang dilakukan Julia kepadanya..Julia tidak senang dengan tindakan Sufian itu dan berasa mungkin Sufian cuma marah dan tidak berniat apa2 untuk buat benda yang Julia tidak suka..
Semenjak hal itu Julia dan Sufian jarang berhubung..masing2 buat hal masing2..Julia pulak selalu kuar dengan kawan2 untuk hilangkan rasa bosannya..Julia suka kuar bershopping dengan kawan2 dan menganggap dengan cara itulah boleh buat dia bahagia dan tidak terasa rindu terhadap Sufian..Julia sengaja membusy kan dirinya untuk mengelak dari berhubung dengan Sufian..Tetapi Julia tidak dapat mengelak dan sentiasa merindui Sufian berhubung dengannya dulu kerana berasa amat sedih apa yang dikatakan Sufian sebelum ini..
Sufian dan kawan2 nya bercadang untuk ke Kuala Lumpur untuk bercuti di sana di rumah kawan nya..Sufian mesej kepada Julia yang dia akan datang ke Kuala Lumpur bertujuan untuk berjumpa dengan Julia..Akhirnya Sufian terasa amat merindukan Julia dan akan buat Julia bahagia bila berada disampingnya nanti..Hari yang ditunggu2 pun tiba..Sufian datang ke tempat Julia seperti yang dijanjikannya sebelum ini..mereka berjalan di sekitar Kuala Lumpur..Julia yang dh biasa dengan keadaan di sana menunjukkan tempat2 yang menarik untuk Sufian..
Dah lewat malam Sufian dan Julia bercadang untuk tidur sahaja di dataran kerana mereka rasa selamat di situ tanpa memikir bahaya yang akan menimpa mereka jika mereka berada di situ..Sufian berasa tidak sedap hati berada disitu lama2, tetapi mujurlah kawan2 Sufian datang dan mengambil Sufian dan Julia pulang ke rumah salah seorang kawan Sufian..SO APA JADI LEPAS NI..TUNGGU K..:)
::Ruang Sedekah::
::kalkulator loan rumah::
::Ruang Sedekah::
Anda suka pada blog ini?
Isnin, 19 Disember 2011
Sabtu, 17 Disember 2011
SUFIAN DAN JULIA (2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan2..hari nie nik akan smbung lagi cerita pasal Sufian dan Julia..Sufian dan Julia mula couple selepas tamat SPM..Mereka pergi sekali ke sekolah mengambil keputusan SPM..Walaupun keputusan SPM x memberangsangkan tapi Sufian dan Julia mmg berpuas hati bkn apa sbb dowg dapat jumpa wat pertama kali dowg couple..dowg ambik gmbr kenangan utk first dowg date..Dah berselang beberapa hari Sufian mendapat tawaran sambung belajar ke Johor Bahru, tetapi Julia macam x sggup nk lepaskan Sufian belajar kat sana..Selang seminggu pulak Julia pun dapat tawaran sambung belajar, tapi bukan di Johor Bahru. Julia dapat tawaran ke uitm shah alam..Julia gembira sangat sebab rasa x berjauhan sangat jika nak dibandingkan jika Julia dapat tawaran belajar di utara..Julia bersyukur..
Julia selalu mesej Sufian tapi tidak dibalas Sufian..Fikiran Julia mula terfikir macam2..mungkin Sufian bermain kayu tiga dengannya atau mungkin faktor kerjanya..Julia bersabar..Sufian sebenarnya memang selalu sebok semenjak pertama kali menjejakkan kaki di alam universiti ini..Sufian bukannya sengaja x nak balas mesej Julia tetapi disebabkan member2 Sufian..Memandangkan Sufian duduk di hostel dan merupakan pelajar baru di biliknya itu dia terpaksa melayan karenah member2 dia..Dia x nak la nanti member2 pandang dia cuma hidup dengan handphone jer..hidup mati dengan handphone jer..dia xnk gelaran macam yang dilemparkan kepadanya..Jadi Sufian terpaksa x balas mesej2 Julia yang selalu rindukan Sufian sejak hari pertama dowg berjumpa..
Julia dah mula rasa hairan dengan sikap Sufian kerana sebelum ini Sufian selalu balas mesej Julia x kira dia sebok atau buat keja apa2 Sufian tetap balas..Tapi Sufian kadang2 balas mesejnya kadang2 dibiarkan aja mesej Julia tu...mgkin Sufian aggp mesej tu x penting lagi..Julia dah mula mengesyaki Sufian mmg benar2 main kayu tiga dengannya..Jadi Julia mengambil keputusan untuk menelefon Sufian dan tanya apa yang berlaku ke atasnya sampai x balas mesej nya..Sufian jawab dengan jujur yang dia terpaksa x balas kerana Julia mesej tidak kena pada masanya...Sufian menyuruh Julia mesej lewat2 sedikit tapi bila Julia mesej tetap Sufian tidak balas..kalau balas pun macam nak x nak jer..Julia rasa sedih sangat dengan sikap Sufian sekarang..kalau yer pun nak jaga hati member x kan sampai macam tu..kan..
Julia mendapat jemputan dari member kelasnya untuk pergi ke Genting Highlands tambang cuma RM50 yang selainnya ditaja khas oleh sorang membernya..Julia pun pergi tanpa pengetahuan Sufian..SO!!APA AGAKNYA YER TERJADI LEPAS TU..NANTI LAK K..HUHUHU..:)
Julia selalu mesej Sufian tapi tidak dibalas Sufian..Fikiran Julia mula terfikir macam2..mungkin Sufian bermain kayu tiga dengannya atau mungkin faktor kerjanya..Julia bersabar..Sufian sebenarnya memang selalu sebok semenjak pertama kali menjejakkan kaki di alam universiti ini..Sufian bukannya sengaja x nak balas mesej Julia tetapi disebabkan member2 Sufian..Memandangkan Sufian duduk di hostel dan merupakan pelajar baru di biliknya itu dia terpaksa melayan karenah member2 dia..Dia x nak la nanti member2 pandang dia cuma hidup dengan handphone jer..hidup mati dengan handphone jer..dia xnk gelaran macam yang dilemparkan kepadanya..Jadi Sufian terpaksa x balas mesej2 Julia yang selalu rindukan Sufian sejak hari pertama dowg berjumpa..
Julia dah mula rasa hairan dengan sikap Sufian kerana sebelum ini Sufian selalu balas mesej Julia x kira dia sebok atau buat keja apa2 Sufian tetap balas..Tapi Sufian kadang2 balas mesejnya kadang2 dibiarkan aja mesej Julia tu...mgkin Sufian aggp mesej tu x penting lagi..Julia dah mula mengesyaki Sufian mmg benar2 main kayu tiga dengannya..Jadi Julia mengambil keputusan untuk menelefon Sufian dan tanya apa yang berlaku ke atasnya sampai x balas mesej nya..Sufian jawab dengan jujur yang dia terpaksa x balas kerana Julia mesej tidak kena pada masanya...Sufian menyuruh Julia mesej lewat2 sedikit tapi bila Julia mesej tetap Sufian tidak balas..kalau balas pun macam nak x nak jer..Julia rasa sedih sangat dengan sikap Sufian sekarang..kalau yer pun nak jaga hati member x kan sampai macam tu..kan..
Jumaat, 16 Disember 2011
SUFIAN DAN JULIA (1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan yang sudi jenguk ke blog nik. Semoga kawan-kawan hidup bahagia hari dan hari2 akan datang taw..Nik ada satu cerita nak dikongsikan dengan kawan-kawan. Nik rasa cerita tak la sehebat cerita Ombak Rindu yang dh meletup tu dah 7juta dah sekarang kutipan sehingga hari ini. Tapi cerita ini mengisahkan macam kisah cinta jugak la. Jiwang ke x jiwang ke nik tetap nak kongsi kan dengan kawan-kawan pasal cerita nie.
Ada seorang laki nie namanya Sufian taw sesiapa yg nama Sufian yang masuk ke blog nie harap maaf dan jangan terasa lak tw...huhuhu...Sufian nie dy seorang yang ego, kuat cemburu, penting kan diri sendiri, kuat marah2 yang x kena pada masanya..hurm..kowg mst plek kan..rasa2nya laki semua cmni ker er??ntah lah..Sufian ada seorang kekasih namanya Julia..Julia merupakan seorang yang periang, peramah, pandai buat lawak, pandai amek hati Sufian, kuat touching, suka menyanyi..hihi..
Sufian dengan Julia dh berkawan hampir 3 tahun..tetapi dowg x macam couple2 laen...hurm..dowg x dapat kua bersiar2 , x dapat nk tgok wayang skali kut2 la nk tgok Ombak Rindu ker apa ker mmg x dapat la..hurm..sebabnya si Sufian nie x ada transport..kesian kan dowg..hurm..xpe la..pnjang lg crita nie...Dowg mula berkenalan di bangku sekolah lagi masa di tingkatan 4...dowg satu kelas dan mmg rapat berkawan..tetapi sebelum Sufian couple dengan Julia, Sufian couple dengan budak kelas dye jugak nama Syikin.. Kiranya Syikin,Julia dan Sufian nie satu kelas lah...
Sufian couple dengan Syikin agk lama jgk la...dalam setahun jgk dowg couple sampai dowg tingkatan 5...ishhh..cerita nie panjang lg laaa...x larat jgk nk type nie..taip...adoii...nk bersambung ke tggu next episod er???ok2..x pe kt smbung jer memandangkan msa ada lg kan..hurm...ok..Syikin dgn Sufian nie x berpanjangan mgkin x ada jdoh kan..yelar dh tulis dh kt atas tu couple setahun dah tercatat kt situ..mmg la..nik tersilap gtw awal2..x suspen dh..tp ad y lebih suspen lg..hurm..suspen tu agk jauh lagi la..kawan2 sabar yer..tp dh pnjg sgt nie..kt berehat er..sambung nti lak..kesian kat kawan2 nak baca nie..hurmm..ok..:)

KENALI RACHEL CORRIE
Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di Gaza. Ini bukan rekaan nik sendiri tapi nik dapat sedikit maklumat dari wikipedia tentang kisah beliau ini.
Rachel Corrie atau nama sebenarnya Rachel Aliene Corrie dilahirkan pada tanggal 10 April 1979 merupakan seorang aktivis warganegara Amerika Syarikat dan Anggota Pergerakan Antarabangsa (ISM).
Beliau jadikan Palestin sebagai tempat untuk membantu rakyat-rakyat disana yang hidup serba ketakutan dan serba kekurangan. Beliau merupakan seorang pelajar di The Evergreen State College dan telah mengambil keputusan untuk memohon kebenaran cuti selama setahun untuk ke Semenanjung Gaza.
Beliau terbunuh di Genting Gaza pada 2003 apabila dilenyek oleh jentolak Israel semasa mempertahankan bumi Gaza daripada pendudukan Israel. Beliau melutut di hadapan sebuah rumah Palestin, bertindak sebagai perisai manusia, dalam cubaan menghalang perobohan rumah-rumah orang Palestin.
Video dibawah menunjukkan gambar-gambar Rachel Corrie selepas dilenyek oleh jentolak Israel.

Selepas kematian Rachel Corrie, namanya diberi pada sebuah kapal Pergerakan Bebaskan Gaza MV Rachel Corrie.
Khamis, 15 Disember 2011
INFO SOLAT
Rukun yang WAJIB Disertakan Tamakninah
Disenaraikan disini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah.
1. Rukuk
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.
2. Iktidal (bangun daripada sujud)
Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.
3. Sujud
Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
4. Duduk antara dua sujud
Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar, Itulah kadar tamakninah.
Tempat yang SERING diabaikan Tamakninah
1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah, maka solatnya tidak sah.
3. Bangun daripada Sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.
Rabu, 14 Disember 2011
CINTA?! APAKAH???COKELAT??!
Apa itu cinta nik nk tanya kawan2 sekaliann???adakah asal sebut cinta ja kt perlu pgg tangan???betoi ka er cara brcinta cm tu??kita slalu tersilap kan, asalkan kapel jer nk loving2 jer mst kna pgang tangan..
Seperti yang sedia mklum kan, bla dh kata kapel nie mmg kt x lari dr wat cm tu kan..nik pn thu kdg2 nik pn buat cmtu jgkk..walaupn kita sndri tahu brpegang tangan bukan muhrim dosa besar..kita semua thu kan..tp np tah tangan nie jadi gatal nk pgg tah..aiyookk..susahkan kalau brcinta nie, banyak yang kt buat diluar batasan..hurmmm...
Kalau kawan2 semua nak tahu kan, bila kita kua dgn kapel jer kan mst ada jugak yang folo kita..tugas dy ckp "betul2" "kowg buat je bkn org nmpk pn kowg berdua jer" , "kowg nk tkut pe, kalau kantoi kwin je trus" kawan2 nak tahu x siape???kowg nak teka sndri ker or nak nik bg tau kowg??tp jenis nik nie x ska nk teka2 nie..malaz..owg yang folo kita tu SETAN lor sapa lg..mmg tugas dy cmtu kan..
Itu yang bahayanya bila berduaan dgn owg yang kita sayang nie mst dy folo..mmg setan btoi la kan3..tapi kita sbgai hamba Allah s.w.t nie kna sntiasa ingat dan kalau boleh kita elakkan la dari brdua-duaan nie..kalau dh rindu sangat kawan2 leh kua brsiar2 dengan kawan2 yang lain yerr..kua ramai2..so, xde lah nk buat bnda bukan2 tu..hurrmmm..
Kita kalau nak brcinta biarlah datang dari hati yang ikhlas...jangan brcinta disebabkan nafsu kita..bila disebabkan nafsu lah kita jadi hilang pertimbangan mula lah nak buat bukan2...so, ingat kawan2..jangan biar nafsu yang mengawal kita, biar kita yang mengawal nafsu..itulah sebaik2 nya manusia bila berjaya mengawal nafsu nya sendiri..

HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
Umat Islam pada dasarnya hanya ada dua perayaan iaitu, Eidul Fitri( Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha( Hari Raya Korban atau Haji). Hari-hari yang lain termasuklah Maulidur Rasul tidaklah ditekankan pada zaman awal islam. Umum mengetahui korban merupakan ibadat sunnah. Dalam Mazhab as- Syafie, ia merupakan Sunnah al-Muakkad. Namun hukumnya menjadi wajib andainya seseorang itu bernazar, malah haram ke atas si penazar dari memakan daging korban tersebut.Kembali kepada tajuk, umumnya sedia maklum, ramai antara masyarakat islam di Malaysia beranggapan haram memberikan daging korban kepada orang bukan islam. Saya akui ini adalah pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Bukan setakat orang-orang awam malah ramai juga ulama-ulama di Malaysia yang berpendapat sebegitu. Sebenarnya tiada dalil yang qat’ie tentang perkara ini. Ia hanyalah masalah ijtihad jadi kita kena berlapang dada dengan pendapat yang pelbagai meskipun bertentangan dengan pendapat atau pendirian kita.
Sejujurnya, sepanjang menyambut eidul adha di Sabah( sepanjang tahun 2002-2005), saya sentiasa memberi makan daging tersebut kepada orang-orang bukan islam. Sekitar tahun 2002- 2005, eidul adha disambut di luar musim cuti semester, jadi pelajar-pelajar yang datangnya dari jauh seperti Pantai Barat Sabah,tidak akan pulang bercuti. Lagipun cuti untuk eidul adha hanya sehari sahaja( 2 atau 3 hari bila ditambah cuti berganti). Jadi ramailah pelajar-pelajar kadazan/dusun yang beragama Kristian akan bersama-sama kami meraikan ediul adha. Dan, mereka juga turut menikmati hidangan daging korban tersebut.
Sebelum berbicara panjang, saya paparkan dahulu petikan dari web e-fatwa.
Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam
Keputusan:Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam
Selasa, 13 Disember 2011
PleaSe!!!!wAit fOr me!!!
If yOu can keep the sweet memOry Of lOng time agO..
please,,wait for me...
If yOu can fOrgive what i did tO yOu lOng time agO..
please,,wait for me...
If yOu can trust and nOt dOubt me..
please,,wait for me...
If yOu can knOw what i dO,,the things..
If dO tO make yOu lOve me again..
I try and try...but sOmetimes...
I'am at a loss...
please,,wait for me...
If yOu can wait fOr me..
I prOmise!!
I swear!!
With my heart..
I will make yOu happy always....
Wait for me......
this poem made by my friend Bella to share to the readers..hope that the reader can appreciate what is written by the author.
Ahad, 11 Disember 2011
ALLAH MENYAYANGI KITA KETIKA KAYA, MISKIN, SIHAT DAN SAKIT
Ibnu Mas'ud r.a berkata : 'Sesungguhnya ada hamba yang sibuk dengan urusan perniagaan dan kepimpinan sehinggalah dipermudahkan baginya. Lalu Allah memerhatikannya dan berfirman kepada para malaikat, 'Palingkanlah perkara tersebut daripadanya, kerana jika Aku permudahkan perkara itu untuknya, Aku akan masukkannya ke dalam neraka'. Lalu Allah memalingkan perkara tersebut daripadanya. Hamba itu pun sentiasa bersikap pesimis dengan berkata, 'Si polan telah mendahuluiku. Si polan telah memperkenakan aku'. Sedangkan kesemua itu sebenarnya anugerah daripada Allah Azza wa jalla.'
Perkara ini diriwayatkan oleh Ath-Thobarani daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w :
Allah Azza wa jalla berfirman :
'Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kemiskinan. Sekiranya Aku limpah ruahkan rezeki kepadanya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada pula di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan oleh kekayaan. Jika Aku memiskinkannya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kesihatan. Jika Aku membuatnya sakit, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan oleh sakit. Jika Aku menjadikannya sihat, dia akan rosak.
Sesungguhnya ada dikalangan hamba-Ku orang yang menuntut satu pintu ibadat, lalu Aku menahannya agar hatinya tidak dimasuki perasaan ujub. Sesungguhnya Aku menguruskan hamba-hamba-Ku berdasarkan pengetahuan-Ku tentang apa yang terkandung dalam hati mereka. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui lagi Amat Mendalam Pengetahuanku'
Khamis, 8 Disember 2011
GAYA WANITA - VS - GAYA LELAKI
Nir tertarik membaca buku bertajuk 'Mengendalikan Masalah dalam hubungan peribadi' tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Nir nak berkongsi sedikit tentang perbezaan antara GAYA lelaki & GAYA wanita dari apa yang Nir faham ya..
GAYA LELAKI
- Bagi lelaki pula, setiap masalah mesti diselesaikan & dicari jalan penyelesaian
- jadi, bila si wanita bercerita tentang masalah, si lelaki pula ligat memikir macamana nak selesaikan masalah wanita atau isterinya [kadang2 tu bukan masalah tu selesai, tapi makin parah pulak - ni tambahan Nir]
- bagi lelaki, mereka ingat itulah caranya nak tunjuk kasih sayang pada isteri - hehem..
inilah yang membuatkan wanita tidak puas hati dengan suami mereka. lain yang diharapkan, lain pulak jadinya... yang si suami pula rasa lega & bangga sebab kononnya dapat bantu menyelesaikan masalah si isteri..
lelaki cepat bosan jika wanita hanya bercakap-cakap kosong tanpa ada jalan penyelesaian...
bezanya lelaki & wanita ye...
kalau nak tahu dengan lebih lanjut & mendalam, beli lah buku ni... menarik.. tolong promosi sket..hehe
GAYA WANITA
- wanita bila menghadapi masalah, mereka suka bercakap tentang masalah tersebut bukan dengan tujuan untuk mencari jalan masalah itu diselesaikan
- bagi wanita, salah satu cara untuk menghadapi masalah ialah bercakap mengenai masalah tersebut dengan tidak payah menyelesaikannya kerana bercakap tentang masalah tersebut ialah penyelesaiannya ... ;-) bila dah luahkan, wanita akan tenang & tenteram..
- [tapi inilah yang orang lelaki tak faham]
- Bagi lelaki pula, setiap masalah mesti diselesaikan & dicari jalan penyelesaian
- jadi, bila si wanita bercerita tentang masalah, si lelaki pula ligat memikir macamana nak selesaikan masalah wanita atau isterinya [kadang2 tu bukan masalah tu selesai, tapi makin parah pulak - ni tambahan Nir]
- bagi lelaki, mereka ingat itulah caranya nak tunjuk kasih sayang pada isteri - hehem..
inilah yang membuatkan wanita tidak puas hati dengan suami mereka. lain yang diharapkan, lain pulak jadinya... yang si suami pula rasa lega & bangga sebab kononnya dapat bantu menyelesaikan masalah si isteri..
lelaki cepat bosan jika wanita hanya bercakap-cakap kosong tanpa ada jalan penyelesaian...
bezanya lelaki & wanita ye...
kalau nak tahu dengan lebih lanjut & mendalam, beli lah buku ni... menarik.. tolong promosi sket..hehe
Selasa, 6 Disember 2011
WANITA KITA MUDAH DIPERANGKAP!!
NAMPAKNYA golongan wanita di Malaysia tidak pernah sunyi daripada pelbagai konflik yang terus mencengkam kehidupan mereka.
Daripada pelbagai gejala sosial seperti buang bayi hinggalah kepada cinta lelaki Lombok dan terkini terpedaya dengan
cinta Internet.
Kecenderungan terkini menunjukkan wanita kita begitu mudah percaya dan terpedaya dengan lelaki yang mereka baru kenali dalam Internet seperti menerusi laman rangkaian sosial facebook.
Laporan di akhbar tempatan menceritakan pelbagai kisah malang wanita kita yang ditipu oleh lelaki yang baru mereka kenali melalui facebook.
Antaranya seorang wanita penjawat awam berjawatan pegawai dari Raub dilaporkan kerugian sebanyak RM10,000 angkara termakan pujuk rayu seorang lelaki ‘Mat Salih’ yang hanya dikenali tidak sampai dua bulan melalui facebook.
Kita seolah-olah sukar untuk mempercayai perkara seperti ini boleh berlaku lagi-lagi ia membabitkan seorang wanita berpendidikan tinggi.
Insiden seperti ini membawa kita kepada beberapa persoalan yang perlu dirungkai dengan segera sebelum ia menjadi semakin parah dan sukar untuk dikawal.
Antaranya, kenapa begitu mudah wanita kita boleh terpedaya dengan mempercayai seorang lelaki yang tidak dikenali ataupun baru dikenali dalam Internet?
Apakah wanita kita semakin terdesak untuk mencari kasih dan sayang seorang lelaki yang tidak mampu diperoleh daripada lelaki tempatan sehingga sanggup berbuat apa saja untuk lelaki asing yang mereka baru kenali?
Jawapan kepada dua persoalan ini perlu dirungkai demi mencari kepastian dan punca kenapa wanita kita bertingkah laku sedemikian rupa.
Kita tidak mahu episod lari ke Lombok mahupun diperdaya menjadi ‘keldai dadah’ terus menghimpit wanita kita akibat kecuaian diri sendiri.
Walaupun pelbagai insiden seperti ini terus didedahkan media, ternyata wanita kita belum mampu menjadikan ia sebagai satu iktibar mahupun pengajaran.
Dalam konteks ini, keluarga perlu memainkan peranan supaya ia tidak berjangkit kepada anak perempuan mereka.
Ibu bapa perlu segera mencarikan pasangan hidup kepada anak perempuan mereka apabila sampai waktunya tanpa berlengah kerana kelewatan mahupun kesukaran untuk berumah tangga atau mencari pasangan hidup dilihat antara punca berlakunya masalah mencari cinta dalam Internet seperti ini.
Dalam pada itu lelaki tempatan juga perlu menjadikan isu ini sebagai satu cabaran kepada mereka untuk merebut hati dan cinta wanita tempatan.
Ternyata kegagalan mereka bertakhta di hati wanita tempatan mendorong golonga hawa kita mencari kasih asing.
Kepada golongan wanita, carilah lelaki tempatan untuk jaminan masa hadapan anda.
Usahlah menagih cinta lelaki hidung belang yang kebiasaannya ada agenda tersembunyi dan berakhir dengan duka.
Semoga kaum wanita kita segera sedar dan menjaga kehormatan, keselamatan dan maruah diri masing-masing.
Janganlah mudah terpedaya dengan pujukan dan rayuan cinta Internet yang jelas tidak ke mana hala tujunya.

Langgan:
Catatan (Atom)