::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Jumaat, 22 April 2011

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda.



“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.



Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Khamis, 21 April 2011

HUHU..X PERCAYA!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan,sahabat-sahabat dan follower-follower nik sekalian.. Nik ada benda nak story dengan anda semua berkaitan dengan follower nik jugak..Follower nik yang nik nak ceritakan kepada anda semua nie dah buat nik terkezut beruk nie..ini first time nik rasa terkezut macam nie...
Sebelum nie jarang terkezut macam nie..tp hari nie pukul 11.20a.m  Hari Jumaat bersamaan 22hb Apr 2011 nik agak terperanjat..maklumlah nik baru lagi dalam bidang blogger nie..memang la tak biasa dengan keadaan cam nie..tp bg anda yang dah biasa dengan semua nie mungkin x rasa apa2 kan..hurm..si dia yang nik mksudkan nie ialah:




[DSC04426.JPG]
Alo3..cutenyer..gambar ble nie Kak Long?:)



Nama si kecil ini ialah bella bell tapi bukan nama sebenar..nik panggil si kecil nie bella jer lah k..jangan marah k..:)
Nik berasa agak teruja bila tengok blog bella ada cerita pasal nik..huhuhu..dasyat..tapi bagi sesiapa yang dh biasa tu mesti kata nik nie macam kampung ker apa ker..hi3..tp nik x kisah semua tu..uhuukk..tp y penting nik appreciate sgt kt si kecil nie..dh la cute..jgn jeles yer semua..hi3..si kecil nie ckp nik org ke 699 follower dy..x sgka kan?hak3..x pela..


APA-APA PUN TIMAKSIH DIUCAPKAN KEPADA BELLA BELL DAN SEMUA FOLLOWER-FOLLOWER NIK YANG LAIN KERANA MENYOKONG SAMPAI KE TAHAP NIE..hak3..mcm menang juara lagu la plak..k la setakat ini jer yang nik mampu ceritakan pasal si kecil nie..


kita ramai-ramai terjah blog dy lepas baca entry nik nie..ok semua?? Bella bell..salam dari nikeeya..:)

BAHANA SUKA MERABA!

Cerita dari mahkamah ini adalah kisah benar yang dipaparkan khusus untuk memberi pengajaran kepada pembaca. Moga-moga kita semua tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti terlarang hingga mengheret kita ke kandang salah.

           REMY (bukan nama sebenar), adalah seorang pekerja senior yang begitu kreatif dan berpengalaman di pejabat tempatnya bekerja. Pengetahuannya yang luas dalam bidang komputer, membolehkan dia dilantik menjadi penyelia kepada kakitangan baru dan amali.
Walaupun Remy sering mendapat pujian dari bos dan ketua-ketua jabatan, tapi dia dibenci dan dipandang meluat oleh kakitangan bawahan. Sebab apa?

Rupa-rupanya si Remy ni suka menggatal dan bercerita perkara-perkara lucah. Tapi Remy ni pandai berlakon, depan bos dia memang ‘cover line’ habis, langsung tak nampak perangainya yang miang dan over  tu. Sekali pandang memang tak nampak cacat celanya. seperti lelaki `lindungan Kaabah’ layaknya!
         Suatu hari dua kakitangan perempuan yang muda melapurkan diri di pejabat Remy bagi menjalani latihan praktikal. Macam biasalah, siapa lagi yang kena take over ajar budak-budak tu, kalau bukan Remy. Si Remy ni pulak, kali pertama tengok budak-budak ni bukan main excited  lagi, hampir nak meleleh air liurnya. Lebih-lebih lagi bila kedua-duanya daring dan seksi, berdegup lajulah jantungnya menahan gelora nafsu!
       Minggu pertama Remy cuba `cover  line’, mengajar pun nampak cool dan straight to the point.   Remy tunjukkan yang dia seorang pengajar profesional. Sesekali anak matanya liar mencuri pandang ke lokasi-lokasi sulit awek-awek itu.
Lagipun, mana boleh tahan kalau tiap-tiap hari awek praktikal ni pakai skirt pendek dan baju ketat yang menampakkan segala `lurah dendam’. Memang Remy rasa tercabarlah. Jadi, Remy mula susun strategi, langkah pertama Remy memberanikan diri memegang tangan awek itu ketika mengendalikan tetikus, kononnya nak berikan tunjuk ajarlah.
Langkah pertama berjalan lancar. Awek tu pun nampaknya buat tak tahu je, jadi Remy pun mulalah rancang strategi kedua. Kali ni nak cuba yang heavy  sikit. Manalah tau, kot-kot dapat ‘green light’ nanti, tak pasal-pasal dapat  #@%^ free.
Jadi, keesokannya Remy dah mula bergurau senda dengan awek-awek tu. Nampaknya ada response!  Jadi Remy memberanikan diri memegang bahu dan tangan pula. Nampaknya berhasil! Tak ada pulak complaint dari awek tersebut. Fuhhh..apa lagi nampaknya bolehlah teruskan misi yang lebih mencabar, bisik hati Remy.
       Kali ini Remy mula buat rancangan gilanya. Dia nak lebih advanced dari selalu. Dia plan nak pegang *%$@$ pulak. Baginya kalau dapat pegang dan raba part tu, maknanya confirm dia boleh dapat $%#@ free lepas ni.
Lepas waktu rehat tu Remy bersiap-sedia tunggu di meja awek tu. Bila awek tu sampai je, Remy mulalah `pasang ayat’ dan cerita topik-topik yang berunsur 18  SX. Awek tu pun bukan main syok melayan, Remy pun apa lagi cuba himpit dan tangannya terus meraba ke …..jeng jeng jeng....faham-fahamlah ye!
        Satu opis gempar dengar berita sensasi iaitu Remy ditahan polis akibat melakukan jenayah seksual di tempat kerja!  Awek praktikal tu bukan sekadar report  kepada bos, tapi terus kepada polis.
Seterusnya Remy direman dan dikenakan ikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Di pejabat, bos-bos dan ketua jabatan bermesyuarat dan sebulat suara memberikan kata putus iaitu Remy bersalah dan harus dibuang kerja.
Remy memang menyesal dengan perbuatannya. Apa yang terjadi adalah satu malapetaka besar dalam hidupnya. Kini Remy cuba memulihkan hidupnya. Apa yang terjadi akan disimpan sebagai peringatan.
Walau bagaimana detik menanti tarikh perbicaraan tetap menghantui dirinya? Mampukah dia menjelaskan yang dirinya tak bersalah? Apakah hukuman lain yang akan diterimanya lagi selepas ini?
Moral cerita: Jangan ikutkan nafsu, buruk padahnya. Diri sendiri yang merana. Kalau rasa tak tahan, cari isteri dan berkahwinlah.  

Rabu, 20 April 2011

Light Graffity

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya ada benda nak tunjuk kat korang..tapi diingatkan bg yang lemah semangat diharap kuatkan semangat anda kerana gambar saya nak tunjukkan kepada korang nie boleh menyebabkan sesiapa yang tiada penyakit boleh datang penyakit dengan mudah dan berkesan pulak tue..
Anda boleh tengok dibawah..


Diingatkan sekali lagi..anda perlu tarik nafas kuat-kuat dan perlu tenang hadapi semua ini!!ok..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Anda cuba teka gambar ini dipanggil apa? ok2..biar saya yang cakap kerana anda lambat menjawab soalan saya tadi. Gambar ini dipanggil atau dalam bahasa inggeris nya 'the picture is call' light graffiti..tapi betul ke tak ejaan saya ini, tapi itu tak penting yang penting panggilannya lebih kurang cam tu la..Gambar ini telah diambil dirumah kami. Saya dengan roommate saya iaitu syed hilmi photography , wan gurun , fitri nordin, dan saya sendiri . Kami menghasilkan gambar ini dengan penuh dugaan bermacam2 masalah..adess..tapi alhamdulillah hasilnya boleh tahan juga..Kami bukan seperti pakar-pakar grafitti yang lain. Jadi hasilnya tak sebegitu hebat macam pakar-pakar yang  hebat.

Selasa, 19 April 2011

Kisah Saat Paling Nikmat Bagi Penghuni Syurga

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai di dalam perkampungan syurga yang serba indah di dalam suasana yang amat berbeza dan paling menakjubkan, lalu mereka pun dipakaikan pula dengan pakaian yang serba indah yang dihadiahkan oleh Allah.

Setelah itu, Allah memerintahkan malaikat Jibrail menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula seekor burung yang ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya terbang di udara taman syurga yang permai itu.

Burung ajaib itu terbang di atas perhimpunan yang ramai itu sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi bahagian atas kepala mereka. Dari kedua belah sayapnya itu terperciklah bau-bauan yang harum semerbak merinjis pada tubuh dan pakaian setiap ahli syurga itu. Maka harum dan bertambah nyamanlah suasana syurga pada masa itu.

Alangkah tercengangnya para tetamu di perkampungan syurga itu melihat beberapa kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah sebagai janji tentang kesenangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat.

Seketika kemudian terdengar suatu suara paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang terbentang itu. Suara itu merupakan kalimah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia.

"Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu. Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya." Demikian kalimah yang berkumandang di setiap penjuru alam syurga pada ketika itu.

Tercengang dan terperanjatlah sekalian manusia penghuni syurga bila mendengar kalimah dari Allah sendiri di bumi syurga yang amat keramat dan bertuah itu. Mendengar kalimah suara dari Allah Subhanahu wa Ta'ala merupakan suatu nikmat yang paling berharga dan mulia yang bakal dikecap oleh manusia beriman dan beramal soleh di syurga nanti. Ia lebih berharga dari segala-galanya dan lebih nikmat dari setiap apa yang pernah dirasai oleh umat manusia di muka bumi ini.

Peristiwa ini tidak akan dikecap oleh manusia-manusia kufur dan kafir. Kerana di akhirat nanti bukan sahaja Allah jijik dan benci melihat mereka malah Allah akan menghalang pendengaran mereka dari mendengar suara dan kalimah-Nya, apalagi untuk melihat wajah Allah.

Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya telah Engkau sempurnakan janji-Mu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hamba-Mu yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Engkau kurniakan semasa di dunia. Demikian pun wahai Tuhan kami, izinkanlah kepada kami untuk melihat wajah-Mu di hari akhirat yang Engkau janjikan ini."

Melihat wajah Allah dengan jasad dan mata sendiri merupakan suatu perkara yang paling mustahil dapat dicapai oleh seseorang manusia, kecuali junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melalui peristiwa Israk dan Mikraj dalam masa hidup di dunia dahulu.k

Tetapi apakah kita akan mendapat nikmat melihat wajah Allah di syurga nanti? Inilah suatu kejadian yang akan dinikmati sendiri oleh orang-orang yang mukmin, yang beriman, yang percaya kepada Allah serta mempercayai pula kepada perkara-perkara yang ghaib, bila dihimpunkan di syurga nanti.

Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga yang penuh berisi dengan manusia yang ramai itu. Malaikat Jibrail muncul di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa A.S. naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga itu.

Setelah Nabi Musa A.S. berada di atas mimbar itu, beliau pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan yang lembut dan jelas didengar oleh manusia di situ. Selepas itu Jibrail mempersilakan pula Nabi Isa A.S. ke atas mimbar yang sama untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan kepada beliau oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Setelah Nabi Isa A.S. tamat memperdengarkan bacaannya, kemudian tibalah pula giliran Nabi Daud A.S. untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur kepada manusia di taman syurga itu. Beliau pun membaca kitab itu dengan suara yang lemah lembut dan paling indah hingga menjadi terpegunlah sekalian manusia di taman syurga mendengar suara Nabi Allah itu.

Selepas itu, Malaikat pun mempersilakan pula Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar itu untuk memperdengarkan bacaan kitab suci al-Qur'an. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun naik ke atas mimbar itu lalu membacakan kitab suci al-Qur'an dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini.

Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah kepada umat manusia itu, maka tiba-tiba terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama dengan sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan.

Sekalian manusia yang berada di taman itu berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tidak pernah terfikir oleh akal mereka sebelum ini. Dan selepas itu terbukalah suatu hijab yang lebih besar lagi iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk dari melihat wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Di sinilah merupakan saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan sebenarnya antara manusia dengan Tahunnya. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia yang memenuhi taman syurga pada ketika itu, dan seluruh manusia penghuni syurga tersebut menyambut semula salam Allah dengan rasa nikmat dan syukur yang tidak terperi.

Kemudian berkatalah seluruh manusia itu kepada Allah Maha Pencipta, Allah Maha berkuasa, Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani, "Wahai Tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini." Allah membalas permintaan seluruh manusia itu dengan kalimah-Nya, "Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepada-Ku. Tetapi hari adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hamba-Ku, syurga bukanlah tempat untuk kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu semua merasa pembalasan nikmat dan kesenangan yang berkekalan. Walaupun begitu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepada-Ku pada hari ini."

Saudara-saudaraku sekalian, yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa di akhirat nanti, kita akan bertemu dengan Tuhan yang kita puja dan sanjung. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri menerangkan kepada kita bahawa kita akan dapat melihat Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat nanti.