::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Selasa, 26 April 2011

Kisah Pak Pandir

CITE 1
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang...... Mak Andih: Oi bapaknya!macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, kasi lemas ikan
tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

CITE 2
Alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi Pak Pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..Pak Pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..Pak Pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. Pak Pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak Pak Pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur.

"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."

"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."

*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir..

"pak cik.. boleh tengok tiket?
"pak pandir kasi tiket.."
"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak..."
"taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
"yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

Sabtu, 23 April 2011

Membangun Interaksi Suami Isteri

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Apakah yang kita inginkan terhadap keluarga kita?
Sudah pasti, tidak ada seorang suami atau isteripun di dunia ini yang menginginkan keluarganya:
  1. Menjadi kacau bilau.
  2. Sentiasa bermasaalah.
  3. Menjadi neraka dunia.
Begitu juga dengan kita di mana kita pasti menginginkan :
  1. Keluarga yang harmoni di mana hubungan suami isteri yang romantik.
  2. Keluarga yang ‘sakinah mawaddah wa rahmah’.
  3. Rumah tangga yang menjadi syurga dunia iaitu ‘baiti jannati’ (rumahku syurgaku).

Untuk mencapainya, Islam mengajarkan kepada kita cara-cara untuk membangun kehidupan keluarga dengan berlandaskan interaksi antara suami dan isteri yang menekankan ciri-ciri berikut:
PERTAMA : KESEIMBANGAN (AT-TAWAAZUN)

Allah swt meletakkan hukum ‘tawazun’ (keseimbangan) pada setiap ciptaanNya.
Kita akan mendapati keseimbangan yang luar biasa pada alam ini misalnya :
  1. Kedudukan matahari yang jaraknya paling sesuai yang menghasilkan keseimbangan pada suhu bumi.
  2. Berlakunya putaran antara siang dan malam.
  3. Bintang-bintang yang menghiasi langit dengan indahnya.
  4. Kewujudan gas Oksigen yang mencukupi untuk pernafasan manusia.
“Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” (QS Al-Mulk : 3)

Dengan keseimbangan ini, kehidupan berjalan dengan baik. Sebaliknya, apabila keseimbangan ini hilang, yang berlaku adalah kerusakan dan kebinasaan sepertimana ketika manusia merusakkan keseimbangan alam dan membuat tatacara lingkungan kehidupan yang “baru”. Ketika hutan telah ditebang dan dibersihkan, maka air sungai mula dicemari yang akhirnya mengakibatkan banjir dan ini adalah salah satu kesan dari ketidakseimbangan aktiviti yang dilakukan oleh manusia.

Begitu juga dalam kehidupan rumah tangga. Islam mengajarkan keseimbangan ini sebagai salah satu prinsip yang mesti diterapkan oleh suami isteri.

“Dan para perempuan memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf…”(QS Al-Baqarah : 228)

Menurut Ath-Thabari, sebahagian ulama’ ketika menjelaskan ayat ini mengatakan :
“Dan mereka (para isteri) mempunyai hak untuk ditemani dengan baik dan dipergauli secara makruf oleh suami mereka. Sebagaimana mereka berkewajiban mentaati suami dalam hal-hal yang telah diwajibkan Allah atas mereka.”

Sedangkan Muhammad Abduh dalam ‘Tafsir Al-Manar’ menafsirkan ayat ini dengan mengatakan :

“Dan yang dimaksudkan dengan keseimbangan di sini bukanlah kesamaan kewujudan sesuatu dan ciri-cirinya; tetapi yang dimaksudkan adalah bahwa hak-hak antara mereka itu saling mengganti dan melengkapi. Tidak ada suatu pekerjaan yang dilakukan oleh isteri untuk suaminya melainkan si suami juga mesti melakukan suatu perbuatan yang seimbang untuknya. Jika tidak seimbang dalam sifatnya, maka hendaklah seimbang dalam jenisnya.” 
Sikap seimbang ini mesti wujud dalam kehidupan berumah tangga.
  1. Sebagaimana suami memiliki kewajiban terhadap isteri, isteri juga memiliki kewajiban terhadap suami.
  2. Jika suami ingin isterinya setia, demikian pula isteri menginginkan suaminya setia.
  3. Jika suami ingin dicintai oleh isterinya, isteri juga ingin dicintai oleh suaminya.
  4. Jika suami senang isterinya berhias rapi dan cantik, isteri juga senang jika suaminya berhias rapi untuknya.
  5. Jika suami merasa senang dilayani oleh isterinya, isteri juga turut merasa senang dilayani oleh suaminya.
Jika masing-masing isteri dan suami menerapkan prinsip keseimbangan (tawazun) ini, maka  tidak akan ada perasaan yang terbeban oleh salah satunya melebihi yang lain.

Beban dan masalah yang dihadapi oleh keluarga akan menjadi lebih ringan dan perasaan cinta semakin tumbuh dan berkembang apabila melihat pasangan masing-masing telah melakukan yang terbaik di antara mereka.
KEDUA : KEADILAN (Al -‘ADALAH)

Keadilan mestilah menjadi landasan dalam interaksi antara suami dan isteri kerana hanya dengan sikap itulah keharmonian hubungan mampu dijaga dan dilestarikan.
Bahkan lebih dari itu, jika suami dan isteri masing-masing mampu bersikap secara adil maka kesatuan mereka akan menghasilkan sebuah potensi besar yang sangat diperlukan untuk melahirkan generasi penerus yang berkualiti.

“Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Maaidah : 8) 
Sikap adil yang lebih cenderung pada taqwa itu mesti dimiliki oleh suami dan isteri dalam interaksi mereka.
Sikap adil mesti menghiasi kehidupan rumah tangga, dari perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada persoalan yang lebih besar.
Adalah tidak adil jika suami mencela makanan yang disediakan oleh isterinya, sementara ia sendiri tidak mampu menyediakan bahan-bahan asas makanan dan peralatan memasak yang mencukupi.
Adalah tidak adil jika suami menuntut isterinya bersolek seumpama bidadari sewaktu di hadapannya, sementara suami tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk membeli bahan kosmetik yang diperlukan.

Adalah tidak adil jika isteri mencela suami kerana kesalahan kecil sementara kebaikan suami tidak pernah dipujinya.
Adalah tidak adil jika isteri tidak pernah berterima kasih kepada suaminya yang bekerja keras sebulan penuh dan menyerahkan sebahagian gajinya, sementara saat ada hadiah kecil dari kawan-kawannya, si isteri tersebut mengucapkan terima kasih berkali-kali dan menyanjungnya.

Sikap adil mesti dimulai dari pemahaman diri dan penerimaan.
Suami isteri mesti memahami kewajibannya dahulu dan kemudian melaksanakannya dan bukan dimulai dengan menuntut haknya.
Sikap adil lebih mudah dilakukan oleh suami isteri jika ada majlis perkumpulan dalam keluarga di mana majlis perkumpulan ini boleh dilakukan secara santai sambil minum teh bersama atau acara santai lainnya.

KETIGA : CINTA DAN KASIH SAYANG (AL-MAHABBAH WAR RAHMAH)

Cinta dan kasih sayang merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam interaksi antara suami dan isteri di mana kehidupan rumah tangga mestilah dibangunkan di atas landasan ini.
Ada sedikit perbezaan antara ‘mahabbah’ dan ‘rahmah’.
  1. ‘Mahabbah’ adalah cinta di kala suami isteri masih pada usia muda atau usia yang produktif.
  2. ‘Rahmah’ pula adalah cinta di saat mereka sudah menjadi datuk-datuk dan nenek-nenek di mana pada saat itu tidak ada hubungan intim suami isteri sebagaimana lazimnya ketika mereka muda, tetapi kasih sayang tetap membuatkan mereka bersatu dan saling mengasihi meskipun tidur saling membelakangi.
Dengan cinta dan kasih sayang, seorang suami akan berusaha semaksima mungkin untuk membahagiakan isterinya. Demikian pula isteri akan membahagiakan suaminya.
Cinta dan kasih sayang dalam ikatan perkahwinan mestilah menjadi cinta yang paling kuat dan paling kukuh melebihi apapun antara dua orang.
Rasulullah saw bersabda :

“Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai melebihi perkahwinan.” (HR Ibnu Majah) 
Jadi, bagaimana jika perkahwinan kita belum juga membuahkan cinta atau cinta di awal perkahwinan kini menjadi semakin hambar atau nyaris pupus?
Salah satu tips yang boleh dilakukan adalah dengan mencari satu sahaja kelebihan isteri atau suami kita yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Kalau mencari yang sempurna (lebih dalam segala perkara), percayalah, kita tidak akan pernah mendapati seorangpun manusia seperti itu.
Cari satu sahaja kelebihannya dan fokuslah ke sana. Sudah sampai masanya kita mengabaikan satu pepatah yang mengatakan :
“Rumput jiran tetangga sentiasa lebih hijau.”

Tips lainnya adalah dengan sentiasa mengingati kesetiaan dan pengorbanannya.
Lihatlah sisi kelemahan atau kekurangan kita lalu bersyukurlah kerana Allah menjadikan pasangan kita menerima apa adanya.
  1. Kenanglah di saat kita ditimpa sakit, siapakah yang melayani dan menunggu kita?
  2. Ingatlah saat kita lemah, siapakah yang menguatkan kita?
  3. Renungkan ketika jiwa kita terasa dingin, siapakah yang menghangatkan jiwa kita?
  4. Bahkan, pandanglah anak-anak kita, isteri kitalah yang melahirkan mereka dengan risiko yang mengancam nyawanya manakala suami kitalah yang giat bekerja demi masa depan mereka.
KEEMPAT : MENDAHULUKAN KEWAJIBAN DARIPADA HAK (TAQDIIMU ADA-IL WAAJIBAAT  ‘ALA THALABIL HUQUUQ)

Seringkali masaalah rumah tangga bermula dari perasaan ego suami atau isteri. Setiap mereka sentiasa menuntut hak-haknya tetapi tidak memperhatikan kewajibannya. Bahkan setiap mereka  begitu tahu secara terperinci apa-apa yang menjadi hak masing-masing, tapi kurang peduli dengan kewajiban mereka masing-masing.

Interaksi suami dan isteri mestilah dibangunkan di atas landasan yang benar iaitu mendahulukan kewajiban daripada hak.
Oleh kerana itulah, buku ‘Kewajiban Isteri Kepada Suami’ mesti dibaca oleh isteri, bukan ditulis untuk dibaca oleh suami. Sebaliknya, buku ‘Kewajiban Suami kepada Isteri mesti dibaca oleh suami, bukan ditulis untuk dibaca oleh isteri.

Diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bagaimana Abu Darda’ yang sangat mengambil berat terhadap ibadah kepada Allah swt sehingga ia tidak sempat berhias untuk dirinya serta tidak sempat memperhatikan makan minum dan tidurnya.
Ketika Salman Al-Farisi berkunjung ke rumahnya dan mengetahui hal keadaan diri Abu Darda’ itu, ia mendapat pengesahan dari isteri Abu Darda’ bahwa memang Abu Darda’ tidak memiliki hajat pada dunia.
Salman kemudian menasihati Abu Darda’ dengan kalimah yang dipersetujui oleh Rasulullah saw:
“Terhadap tuhanmu ada kewajiban yang mesti kau tunaikan, terhadap badanmu ada kewajiban yang mesti kau tunaikan, terhadap keluargamu ada kewajiban yang mesti kau tunaikan. Maka berikan hak kepada setiap orang yang memiliki haknya.”

Jadi… sudahkah kita memenuhi kewajiban kita sebagai suami atau isteri kepada pasangan tercinta kita atau jangan-jangan kita malah tidak begitu tahu apakah kewajiban-kewajiban kita?
Semoga kita menjadi suami atau isteri yang baik yang dengannya kita mampu menempatkan diri kita untuk dicintai dan disayangi oleh pasangan kita masing-masing.
Ya Allah, permudahkanlah kepada kami untuk kami mewujudkan interaksi yang baik dengan pasangan kami sehingga melalui interaksi yang baik ini akan membuahkan kecintaan, kasih sayang, keseimbangan dan keadilan serta saling melaksanakan kewajiban masing-masing bagi melahirkan kerukunan rumahtangga yang menjadi refleksi kepada ‘Rumahku Syurgaku’.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Jumaat, 22 April 2011

Kisah di asrama lelaki

Bercerita tentang kisah di asrama, hanya mereka yang pernah tinggal dan melalui pengalaman di asrama sahaja tahu apa yang terjadi. Isu yang paling banyak diperkatakan sekarang ialah tentang gejala buli. Walaupun begitu masalah buli telah mendapat perhatian yang meluas oleh semua pihak dan berbagai tindakan dan rancangan untuk mengatasi gejala ini telah dan sedang dijalankan.
Sebenarnya ada satu lagi masalah besar di asrama yang kurang mendapat perhatian ialah gejala hubungan sejenis. Kenapa gejala ini kurang mendapat perhatian walaupun ianya umpama barah yang merosakkan sahsiah diri cerdik pandai yang tinggal di asrama jauh daripada ibubapa, adik beradik dan saudara mara.

Gejala hubungan sejenis ini banyak berlaku di kalangan pelajar lelaki dan amat kurang diceritakan secara terbuka. Hanya mereka yang terlibat atau nampak kejadian ini sahaja yang tahu. Sementara itu mereka yang terpaksa melakukannya pula takut dan malu melaporkan kepada warden atau pengetua.

Secara kasarnya ada beberapa cara perkara ini bermula;
  1. Pelajar senior yang mengambil junior sebagai adik angkat atau dikenali juga sebagai jambu dan melayan adik angkat ini dengan baik. Sudah tentu pelajar junior ini rasa seronok ada senior yang ambil berat tentang diri dia di asrama lebih2 lagi jauh dari keluarga. Bila senior ini mula ajak tidur bersama dan memujuk melakukan hubungan sejenis, junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana keliru dan serba salah.
  2. Terdapat juga senior yang mengambil kesempatan kepada junior dan melakukannya secara paksa. Junior ini akan diugut jika melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah. Junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana takut.
  3. Ada juga yang buat secara sorok2. Mereka ini akan mencari kawan atau junior biasanya di dalam dorm yang sama yang tidur mati atau terlalu penat. Di tengah2 malam pelajar ini akan bangun dan dengan berhati2 akan meraba dan/atau menghisap kemaluan pelajar yang tidur mati ini.
  4. Terdapat juga yang suka sama suka dan biasanya terjadi hubungan sejenis ini tidak dirancang. Biasanya bermula dengan berkawan baik, semakin hari semakin rapat dan tanpa disedari timbul rasa sayang serta nafsu lalu terjebaklah dalam hubungan sejenis.
  5. Ada juga yang suka sama suka tapi tidak berkawan baik tetapi bermula dengan tidak sengaja. Biasanya bermula bila selalu tidur berdua di atas katil bujang yang hanya sesuai untuk seorang. Walaupun memang tidak ada niat untuk melakukannya tetapi keadaan telah mendorong nafsu songsang untuk menguasai diri.
Di dalam buku Petaka Abad ke 21 oleh Wan Azmi Ramli yang boleh diperolehi di Perpustakaan Negara Malaysia (361.109595 WAN D) ada menyebut tentang gejala hubungan sejenis ini. Di dalam buku tersebut ada menyentuh tentang gejala ini di sekolah berasrama penuh. Malah ada dinyatakan bila dirujuk kepada pihak kementerian, mereka menjawab perkara ini tidak wujud dan kalau adapun adalah pengalaman peribadi masing2. Menurut pihak kementerian lagi sekolah berasrama penuh mempunyai displin yang ketat dan aktiviti sosial dan keagamaan yang dapat mencegah berlaku perkara seumpama ini.

Masalahnya kenapa menafikan terus? Sedangkan hakikatnya gejala ini memang wujud tetapi umpama barah yang tidak disedari kewujudannya pada peringkat awal. Malah di internet pun ada banyak laman web dan blog yang bercerita tentang gejala ini amat berleluasa di sekolah berasramara penuh.

Sememang agak susah untuk mengenal pasti mereka yang terlibat kerana kebanyakan menyimpannya sebagai rahsia peribadi. Kebanyakan mereka juga berperwatakan seperti lelaki biasa tanpa ada tanda-tanda terlibat dalam gejala ini. Cuma mungkin ada yang menuding jari kepada mereka yang berwatakan lembut yang terlibat. Selagi tiada kajian yang terperinci yang dibuat, tiada siapa yang tahu betapa teruknya barah ini.
Di samping di asrama sekolah, di asrama institut pengajian tinggi juga pasti ada gejala ini. Malah mereka yang tidak pernah tinggal di asrama pun ada terlibat dengan gejala ini. Jadi bagaimanakah untuk mengatasi barah yang semakin parah menular di kalangan mereka yang terpilih dan cerdik ini?
Sebagai permulaaan semua pihak mesti mengakui kewujudan gejala ni di sekolah berasrama. Selepas itu satu pelan tindakan bolehlah dirancang untuk mencegah dan mengubati penyakit jiwa ini. Pihak sekolah dalam aktiviti keagamaan perlu menekan tentang hubungan seks sejenis adalah haram dan terdedah kepada penyakit HIV Aids. Jangan hanya fokus kepada hubungan haram antara lelaki dan perempuan. Pihak sekolah juga patut melarang pelajar tidur satu katil/tilam berdua kerana walaupun tanpa niat, perbuatan ini boleh memutikkan hubungan sejenis. Bagi pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan gejala ini, sessi kaunseling dan nasihat dari segi agama perlu diberi kepada mereka.

InsyaAllah dengan kesungguhan semua pihak gejala dapat dikurangkan dan kemudian dihapuskan terus.

Terkini : Satu Seminar Kesihatan Reproduksi Remaja bertema Remaja Bijak Jauhi Gejala Seksual telah diadakan HUKM, Cheras. Seminar ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah yang berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Kuala Lumpur. Di antara lain seminar ini membincangkan isu hubungan sejenis, ceritanya boleh dibaca di Homoseksual Boleh Diatasi.

Merokok Khas Buat Insan Yang Merokok

Jika anda adalah seorang perokok yang hardcore punya, mungkin anda akan taubat lepas tengok video ni. Kepada Akak2, Makcik2 dan Adik2 atau Cikgu2 sekalian mungkin boleh tunjukkan video ni kepada orang-orang yang anda sayangi. Mungkin Cikgu boleh tunjukkan video ini kepada anak murid supaya mereka sedar tentang bahayanya rokok itu kepada peparu kita.





[Segmen Blog Review Pak Cek Biola]




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang hadir pada hari ini. Nik ada terbaca satu blog nie.. Nma blog tu Pak Cik Biola..Pak cik nie ada buat satu segmen blog review Pak cik Biola..

Menjawab pertanyaan Pak cik nie..

Warna kegemaran Nik warna putih..sebabnya putih nampak tenang dan rasa kurang nak marah bila tengok benda2 putih ini..tapi kalau benda laen kalau tengok x kan boleh tenang lak kn..Lagi satu baju warna putih nampak suci jer..bila Nik pakai rasa cam lembut jer walaupun baju tu baju bundle ker apa ker..rsa selesa jer pakai..Pastu warna putih juga warna kesukaan Nabi Muhammad s.a.w..betul tak?baju2 nik banyak warna putih..Kalau boleh semua nik nk warna putih..kereta warna putih, rumah putih..hak3..besar sangat lak rumah putih tu..hurm..

Pertanyaan kedua Pak cik..

Kalau nik diberikan wang bernilai RM1000,000,00..dengan nilai sebanyak tu nik rasa banyak benda nik boleh buat..tapi memandangkan Pak cik nie mnta 3 jawapan jer nik kena la bg 3 jawapan..x leh lak nk melebih-lebih..Pertama sekali nak buat ialah nik memang nak bawa kedua ibu bapa nik pegy haji..sebab itu rukun Islam kita yang kelima..hurm..baek x nik?tapi itu pun kalau kaya la..kan..=]..Second lak, nik nak simpan duit tu dalam BSKL(basikal)..tu untuk ank2 nik nanti kalau ank2 dah besar leh la diorang pakai..untuk pelajaran diorang..tp bila dah masuk kan duit nie dalam BSKL mesti la mkin mningkat duit nik kan?nik boleh bersedekah kepada ank2 yatim..buat rumah ank yatim..itu lah matlamat nik nk bantu ank2 yatim..msa nik stdy skrg nie nik bru 1st time wat satu event utk ank2 yatim..tapi itu pun rsa cm x cukup..x pe la..klu citer panjang lagi panjang nik mengarut..RM1000,000,00 kan byk..hurm..Doakan nik kepada semua sahabat sekalian..Insyaallah nik akan bantu anda semua..:)


nak join gak??: KLIK SINI