::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Selasa, 13 Disember 2011

PleaSe!!!!wAit fOr me!!!


If yOu can keep the sweet memOry Of lOng time agO..
please,,wait for me...

If yOu can fOrgive what i did tO yOu lOng time agO..
please,,wait for me...

If yOu can trust and nOt dOubt me..
please,,wait for me...

If yOu can knOw what i dO,,the things..
If dO tO make yOu lOve me again..
I try and try...but sOmetimes...
I'am at a loss...
please,,wait for me...

If yOu can wait fOr me..
I prOmise!!
I swear!!
With my heart..
I will make yOu happy always....
Wait for me......

this poem made ​​by my friend Bella to share to the readers..hope that the reader can appreciate what is written by the author.

Ahad, 11 Disember 2011

ALLAH MENYAYANGI KITA KETIKA KAYA, MISKIN, SIHAT DAN SAKIT


Ibnu Mas'ud r.a berkata : 'Sesungguhnya ada hamba yang sibuk dengan urusan perniagaan dan kepimpinan sehinggalah dipermudahkan baginya. Lalu Allah memerhatikannya dan berfirman kepada para malaikat, 'Palingkanlah perkara tersebut daripadanya, kerana jika Aku permudahkan perkara itu untuknya, Aku akan masukkannya ke dalam neraka'. Lalu Allah memalingkan perkara tersebut daripadanya. Hamba itu pun sentiasa bersikap pesimis dengan berkata, 'Si polan telah mendahuluiku. Si polan telah memperkenakan aku'. Sedangkan kesemua itu sebenarnya anugerah daripada Allah Azza wa jalla.'

Perkara ini diriwayatkan oleh Ath-Thobarani daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w :

Allah Azza wa jalla berfirman :

'Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kemiskinan. Sekiranya Aku limpah ruahkan rezeki kepadanya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada pula di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan oleh kekayaan. Jika Aku memiskinkannya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kesihatan. Jika Aku membuatnya sakit, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan  oleh sakit. Jika Aku menjadikannya sihat, dia akan rosak.

Sesungguhnya ada dikalangan hamba-Ku orang yang menuntut satu pintu ibadat, lalu Aku menahannya agar hatinya tidak dimasuki perasaan ujub. Sesungguhnya Aku menguruskan hamba-hamba-Ku berdasarkan pengetahuan-Ku tentang apa yang terkandung dalam hati mereka. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui lagi Amat Mendalam Pengetahuanku'

Khamis, 8 Disember 2011

GAYA WANITA - VS - GAYA LELAKI

Nir tertarik membaca buku bertajuk 'Mengendalikan Masalah dalam hubungan peribadi' tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Nir nak berkongsi sedikit tentang perbezaan antara GAYA lelaki & GAYA wanita dari apa yang Nir faham ya..



GAYA WANITA

- wanita bila menghadapi masalah, mereka suka bercakap tentang masalah tersebut bukan dengan tujuan untuk mencari jalan masalah itu diselesaikan
- bagi wanita, salah satu cara untuk menghadapi masalah ialah bercakap mengenai masalah tersebut dengan tidak payah menyelesaikannya kerana bercakap tentang masalah tersebut ialah penyelesaiannya ... ;-) bila dah luahkan, wanita akan tenang & tenteram..
- [tapi inilah yang orang lelaki tak faham]

GAYA LELAKI

- Bagi lelaki pula, setiap masalah mesti diselesaikan & dicari jalan penyelesaian
- jadi, bila si wanita bercerita tentang masalah, si lelaki pula ligat memikir macamana nak selesaikan masalah wanita atau isterinya [kadang2 tu bukan masalah tu selesai, tapi makin parah pulak - ni tambahan Nir]
- bagi lelaki, mereka ingat itulah caranya nak tunjuk kasih sayang pada isteri - hehem..

inilah yang membuatkan wanita tidak puas hati dengan suami mereka. lain yang diharapkan, lain pulak jadinya... yang si suami pula rasa lega & bangga sebab kononnya dapat bantu menyelesaikan masalah si isteri..

lelaki cepat bosan jika wanita hanya bercakap-cakap kosong tanpa ada jalan penyelesaian...

bezanya lelaki & wanita ye...

kalau nak tahu dengan lebih lanjut & mendalam, beli lah buku ni... menarik.. tolong promosi sket..hehe

Selasa, 6 Disember 2011

WANITA KITA MUDAH DIPERANGKAP!!

NAMPAKNYA golongan wanita di Malaysia tidak pernah sunyi daripada pelbagai konflik yang terus mencengkam kehidupan mereka.


Daripada pelbagai gejala sosial seperti buang bayi hinggalah kepada cinta lelaki Lombok dan terkini terpedaya dengan 
cinta Internet.
 
Kecenderungan terkini menunjukkan wanita kita begitu mudah percaya dan terpedaya dengan lelaki yang mereka baru kenali dalam Internet seperti menerusi laman rangkaian sosial facebook. 

Laporan di akhbar tempatan menceritakan pelbagai kisah malang wanita kita yang ditipu oleh lelaki yang baru mereka kenali melalui facebook. 




Antaranya seorang wanita penjawat awam berjawatan pegawai dari Raub dilaporkan kerugian sebanyak RM10,000 angkara termakan pujuk rayu seorang lelaki ‘Mat Salih’ yang hanya dikenali tidak sampai dua bulan melalui facebook. 
Kita seolah-olah sukar untuk mempercayai perkara seperti ini boleh berlaku lagi-lagi ia membabitkan seorang wanita berpendidikan tinggi.

Insiden seperti ini membawa kita kepada beberapa persoalan yang perlu dirungkai dengan segera sebelum ia menjadi semakin parah dan sukar untuk dikawal.

Antaranya, kenapa begitu mudah wanita kita boleh terpedaya dengan mempercayai seorang lelaki yang tidak dikenali ataupun baru dikenali dalam Internet?

Apakah wanita kita semakin terdesak untuk mencari kasih dan sayang seorang lelaki yang tidak mampu diperoleh daripada lelaki tempatan sehingga sanggup berbuat apa saja untuk lelaki asing yang mereka baru kenali?

Jawapan kepada dua persoalan ini perlu dirungkai demi mencari kepastian dan punca kenapa wanita kita bertingkah laku sedemikian rupa.

Kita tidak mahu episod lari ke Lombok mahupun diperdaya menjadi ‘keldai dadah’ terus menghimpit wanita kita akibat kecuaian diri sendiri.

Walaupun pelbagai insiden seperti ini terus didedahkan media, ternyata wanita kita belum mampu menjadikan ia sebagai satu iktibar mahupun pengajaran.

Dalam konteks ini, keluarga perlu memainkan peranan supaya ia tidak berjangkit kepada anak perempuan mereka.

Ibu bapa perlu segera mencarikan pasangan hidup kepada anak perempuan mereka apabila sampai waktunya tanpa berlengah kerana kelewatan mahupun kesukaran untuk berumah tangga atau mencari pasangan hidup dilihat antara punca berlakunya masalah mencari cinta dalam Internet seperti ini.

Dalam pada itu lelaki tempatan juga perlu menjadikan isu ini sebagai satu cabaran kepada mereka untuk merebut hati dan cinta wanita tempatan.

Ternyata kegagalan mereka bertakhta di hati wanita tempatan mendorong golonga hawa kita mencari kasih asing.

Kepada golongan wanita, carilah lelaki tempatan untuk jaminan masa hadapan anda.
Usahlah menagih cinta lelaki hidung belang yang kebiasaannya ada agenda tersembunyi dan berakhir dengan duka.

Semoga kaum wanita kita segera sedar dan menjaga kehormatan, keselamatan dan maruah diri masing-masing.

Janganlah mudah terpedaya dengan pujukan dan rayuan cinta Internet yang jelas tidak ke mana hala tujunya. 

Rabu, 15 Jun 2011

Rahsia Syair Di Atas Perkuburan

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa. Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.

“Apa itu?” tanya Syeikh.

“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.

“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”

“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak.

“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti.”

“Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”

“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.

“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?”

“Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab abangnya.

Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.

“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi peniaga.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.”

Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya. Pada hari-hari terakhir sebelum kewafatannya, saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai bekas gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan.

“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar.

“Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.”

“Boleh, Sila katakan.”

“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”

Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang.

Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan.

Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.

“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”

“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“Alhamdulillah baik.”

“Bagimana keadaan abang kita?”

“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”

“Apa pesan engkau kepadaku?

“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.” kata saudara yang telah mati.”

Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya. Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.

“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.”

“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.”

“Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sana kedudukan pemuda akan digugat wajah jelita yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”

“Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.

Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.

Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana. Radiallahu 'anhum.

Amanah Seorang Sahabat
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.

Dipetik Dari Buku: Ensiklopedia Para Wali Siri 1 "Himpunan Kisah Kekasih Allah".
Pengarang: Hj. Ahmad Muhd Abd. Ghaffar.