::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Jumaat, 16 Disember 2011

KENALI RACHEL CORRIE

Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di Gaza. Ini bukan rekaan nik sendiri tapi nik dapat sedikit maklumat dari wikipedia tentang kisah beliau ini.



Rachel Corrie atau nama sebenarnya Rachel Aliene Corrie dilahirkan pada tanggal 10 April 1979 merupakan seorang aktivis warganegara Amerika Syarikat dan Anggota Pergerakan Antarabangsa (ISM).


Beliau jadikan Palestin sebagai tempat untuk membantu rakyat-rakyat disana yang hidup serba ketakutan dan serba kekurangan. Beliau merupakan seorang pelajar di The Evergreen State College dan telah mengambil keputusan untuk memohon kebenaran cuti selama setahun untuk ke Semenanjung Gaza.


Beliau terbunuh di Genting Gaza pada 2003 apabila dilenyek oleh jentolak Israel semasa mempertahankan bumi Gaza daripada pendudukan Israel. Beliau melutut di hadapan sebuah rumah Palestin, bertindak sebagai perisai manusia, dalam cubaan menghalang perobohan rumah-rumah orang Palestin.


Video dibawah menunjukkan gambar-gambar Rachel Corrie selepas dilenyek oleh jentolak Israel.





Selepas kematian Rachel Corrie, namanya diberi pada sebuah kapal Pergerakan Bebaskan Gaza MV Rachel Corrie.

Khamis, 15 Disember 2011

INFO SOLAT


Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang WAJIB Disertakan Tamakninah
Disenaraikan disini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah.

1. Rukuk
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. Iktidal (bangun daripada sujud)
Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

3. Sujud
Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.

4. Duduk antara dua sujud
Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar, Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang SERING diabaikan Tamakninah

1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah, maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada Sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.

Rabu, 14 Disember 2011

CINTA?! APAKAH???COKELAT??!

Apa itu cinta nik nk tanya kawan2 sekaliann???adakah asal sebut cinta ja kt perlu pgg tangan???betoi ka er cara brcinta cm tu??kita slalu tersilap kan, asalkan kapel jer nk loving2 jer mst kna pgang tangan..




Seperti yang sedia mklum kan, bla dh kata kapel nie mmg kt x lari dr wat cm tu kan..nik pn thu kdg2 nik pn buat cmtu jgkk..walaupn kita sndri tahu brpegang tangan bukan muhrim dosa besar..kita semua thu kan..tp np tah tangan nie jadi gatal nk pgg tah..aiyookk..susahkan kalau brcinta nie, banyak yang kt buat diluar batasan..hurmmm...


Kalau kawan2 semua nak tahu kan, bila kita kua dgn kapel jer kan mst ada jugak yang folo kita..tugas dy ckp "betul2" "kowg buat je bkn org nmpk pn kowg berdua jer" , "kowg nk tkut pe, kalau kantoi kwin je trus" kawan2 nak tahu x siape???kowg nak teka sndri ker or nak nik bg tau kowg??tp jenis nik nie x ska nk teka2 nie..malaz..owg yang folo kita tu SETAN lor sapa lg..mmg tugas dy cmtu kan..


Itu yang bahayanya bila berduaan dgn owg yang kita sayang nie mst dy folo..mmg setan btoi la kan3..tapi kita sbgai hamba Allah s.w.t nie kna sntiasa ingat dan kalau boleh kita elakkan la dari brdua-duaan nie..kalau dh rindu sangat kawan2 leh kua brsiar2 dengan kawan2 yang lain yerr..kua ramai2..so, xde lah nk buat bnda bukan2 tu..hurrmmm..


Kita kalau nak brcinta biarlah datang dari hati yang ikhlas...jangan brcinta disebabkan nafsu kita..bila disebabkan nafsu lah kita jadi hilang pertimbangan mula lah nak buat bukan2...so, ingat kawan2..jangan biar nafsu yang mengawal kita, biar kita yang mengawal nafsu..itulah sebaik2 nya manusia bila berjaya mengawal nafsu nya sendiri..



HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM


Umat Islam pada dasarnya hanya ada dua perayaan iaitu, Eidul Fitri( Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha( Hari Raya Korban atau Haji). Hari-hari yang lain termasuklah Maulidur Rasul tidaklah ditekankan pada zaman awal islam. Umum mengetahui korban merupakan ibadat sunnah. Dalam Mazhab as- Syafie, ia merupakan Sunnah al-Muakkad. Namun hukumnya menjadi wajib andainya seseorang itu bernazar, malah haram ke atas si penazar dari memakan daging korban tersebut.Kembali kepada tajuk, umumnya sedia maklum, ramai antara masyarakat islam di Malaysia beranggapan haram memberikan daging korban kepada orang bukan islam. Saya akui ini adalah pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Bukan setakat orang-orang awam malah ramai juga ulama-ulama di Malaysia yang berpendapat sebegitu. Sebenarnya tiada dalil yang qat’ie tentang perkara ini. Ia hanyalah masalah ijtihad jadi kita kena berlapang dada dengan pendapat yang pelbagai meskipun bertentangan dengan pendapat atau pendirian kita.

Sejujurnya, sepanjang menyambut eidul adha di Sabah( sepanjang tahun 2002-2005), saya sentiasa memberi makan daging tersebut kepada orang-orang bukan islam. Sekitar tahun 2002- 2005, eidul adha disambut di luar musim cuti semester, jadi pelajar-pelajar yang datangnya dari jauh seperti Pantai Barat Sabah,tidak akan pulang bercuti. Lagipun cuti untuk eidul adha hanya sehari sahaja( 2 atau 3 hari bila ditambah cuti berganti). Jadi ramailah pelajar-pelajar kadazan/dusun yang beragama Kristian akan bersama-sama kami meraikan ediul adha. Dan, mereka juga turut menikmati hidangan daging korban tersebut.

Sebelum berbicara panjang, saya paparkan dahulu petikan dari web e-fatwa.

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Keputusan:Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam

Selasa, 13 Disember 2011

PleaSe!!!!wAit fOr me!!!


If yOu can keep the sweet memOry Of lOng time agO..
please,,wait for me...

If yOu can fOrgive what i did tO yOu lOng time agO..
please,,wait for me...

If yOu can trust and nOt dOubt me..
please,,wait for me...

If yOu can knOw what i dO,,the things..
If dO tO make yOu lOve me again..
I try and try...but sOmetimes...
I'am at a loss...
please,,wait for me...

If yOu can wait fOr me..
I prOmise!!
I swear!!
With my heart..
I will make yOu happy always....
Wait for me......

this poem made ​​by my friend Bella to share to the readers..hope that the reader can appreciate what is written by the author.