::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Isnin, 18 April 2011

Gerhana dan Khurafat


solar-eclipse.jpgBANGKOK: Berjuta penduduk di seluruh Asia menyaksikan gerhana penuh matahari paling lama yang berlaku abad ini, ketika kawasan luas di India dan China, keseluruhan bandar Shanghai dan kepulauan di selatan Jepun akan terjerumus dalam kegelapan hari ini selama lebih enam minit.
Gerhana itu akan muncul buat pertama kali ketika fajar di Teluk Khambhat, India di utara Mumbai. Ia akan bergerak ke timur merentasi India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China sebelum melalui Pasifik. Gerhana itu akan melalui beberapa pulau selatan Jepun dan kali terakhir dapat dilihat dari darat di Pulau Nikumaroro di negara Pasifik Selatan di Kiribati. Di tempat lain, gerhana separa akan dapat dilihat kebanyakannya di Asia.
Sebahagian wilayah dari India sehingga Shanghai, China dan Jepun akan bergelap hampir enam minit, berikutan fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku pagi ini (22 Julai 2009), yang dianggap gerhana paling lama bagi abad ke-21. Bagaimanapun, Malaysia yang pernah mengalami gerhana matahari penuh di Kudat Sabah pada November 1995, dan beberapa negara lain di Asia, sebaliknya hanya mengalami gerhana matahari separa.
Gerhana matahari terbahagi kepada empat jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh dan cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Dilaporkan, masyarakat Jepun bakal meraikan gerhana penuh dengan percikan bunga api, manakala di India, wanita hamil tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengelak cahaya halimunan matahari dan pelbagai tahyul berkaitan gerhana matahari.

gerhana-09.jpgBagi pakar kaji bintang, ia akan menjadi peluang pemerhatian lama korona matahari, lingkaran putih sejauh sejuta kilometer dari permukaan matahari. Gerhana penuh sebelumnya pada Ogos 2008, dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat. Kali ini ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat.
Pakar kaji bintang berharap gerhana itu akan merungkai maklumat mengenai bintang sementara seorang pakar astrologi di Myanmar meramalkan ia mungkin menyebabkan huru hara. Sesetengah penduduk di India menasihatkan saudara mara yang hamil duduk di dalam rumah supaya mengikuti tradisi sekurun lamanya mengelak terik matahari yang jelas.
MASYARAKAT Islam Malaysia dinasihatkan tidak melakukan perkara khurafat yang boleh melanggar akidah Islam apabila berlaku gerhana matahari. Fenomena gerhana matahari separa itu akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi ini.

Ramai yang masih mengaitkan kepercayaan salah termasuk kelahiran dan kematian dengan gerhana matahari dan khurafat itu perlu dihentikan kerana ia menyebabkan syirik kepada Allah. Masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah yang memperlihatkan matahari yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula. Kehebatan kekuasaan Allah mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah al-Fussilat, ayat 37)

Catatan sejarah Islam memperlihatkan gerhana matahari berlaku pada 10 Rabiulawal tahun kelapan Hijrah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera Baginda SAW, iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari.

Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)
Dalam hadis yang lain Rasullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku atas kematian sesaorang atau kehidupanya. Jika kamu menyaksikan gerhana maka dirikanlah solat dan berdoalah kepadaNya" (Hadith riwayat Iman Bukhari dan Muslim).
Jelas dari hadith tersebut kejadian gerhana bukanlah disebabkan kejadian "supernatural" atau khurafat yang mana perlu disembah oleh mereka yang jahil tentang agama sebaliknya ianya dijadikan pengajaran dan pedoman akan kekuasaan Allah S.W.T yang maha berkuasa lagi Maha Mengetahui. Gerhana berlaku sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t agar manusia menginsafi atas segala kesalahan yang telah dilakukan dan mengakui Allah sebagai pentadbir mutlak.

Tiada ulasan: