::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Isnin, 18 April 2011

Hamas dan Fatah mesti bersatu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Petikan nie saya ambil dari http://www.aqsasyarif.org.my/
cerita yang berlaku di Jerusalem antara Hamas dan Fatah. Korg baca la dulu..kalau nak tawu lebih lanjut 
boleh msuk ke link http://www.aqsasyarif.org.my/..




Mufti Besar Jurusalem dan Palestin, Sheikh Mohammad Ahmad Hussein (kiri) dan bekas Duta Palestin ke Malaysia, Tan Sri Ahmad Al-Farra dalam pertemuan di Sarajevo, Bosnia baru-baru ini.


Mufti Besar Jurusalem dan Palestin, Sheikh Mohammad Ahmad Hussein tidak pernah berputus asa atau merasa kecewa, malah sentiasa berdoa agar Masjid Al-Aqsa yang semakin ditakluki rejim Israel tetap menjadi kepunyaan umat Islam sejagat untuk selama-lamanya.
Beliau yang juga pemidato di Masjid Al-Aqsa dan Presiden Majlis Tertinggi Al-Ifta’ berkata, sudah pasti dunia akan bertanya mengapa penduduk Palestin yang sepatutnya bersatu untuk mengekalkan tanah tumpah darah mereka berpecah dan terus berbalah.
Bagi Mohammad, yang penting untuk penduduk Palestin hari ini ialah kumpulan Hamas dan Fatah bersatu bagi memulihara masa depan rakyatnya untuk hidup sejahtera di tanah milik mereka.
Mohammad yang ditemui Utusan Malaysia di Sarajevo, Bosnia, baru-baru ini berkata, perbalahan secara berterusan di antara kedua-dua kumpulan itu hanya akan melebarkan peluang rejim Israel untuk menakluk kesemua kawasan yang diduduki penduduk Palestin.
Pertemuan penulis dengan Mohammad dilakukan dengan bantuan bekas Duta Palestin ke Malaysia, Tan Sri Ahmad Al-Farra yang turut berada di Bosnia ketika itu.
Sehubungan itu, Mohammad sentiasa menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan kerajaan Malaysia sebagai anggota Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) untuk memberi tekanan pada forum antarabangsa, di samping memainkan peranan penting di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kedudukan Palestin.
“Saya yakin sekiranya Fatah dan Hamas mencapai persetujuan untuk bersatu, keadaan di tempat kami pasti akan berada dalam keadaan yang lebih baik,” ujarnya.
Sepatutnya ujar Mohammad, mereka mempunyai pemikiran begitu, di samping berusaha untuk bersatu bagi menentang rejim Israel dan bukan bertelagah antara satu dengan lain.
Penduduk Palestin yang rata-rata berpendirian teguh dengan semangat serta kesabaran yang tinggi katanya, akan terus berusaha membantu pihak berkuasa dan yayasan yang ditubuh untuk memajukan penduduknya.
Mereka akan membantu membina kembali sistem prasarana dan menumpukan kepada kemajuan pendidikan, sosial dan ekonomi penduduk Palestin.
Katanya, dalam pada itu, dunia mungkin akan bertanya mengapa rundingan pihak berkuasa Palestin dan Israel tidak pernah mencapai persetujuan.
Berhubung perkara ini katanya, bagaimana rundingan hendak mencapai persetujuan jika rejim Israel sentiasa menetapkan syarat dan seterusnya mengarah Palestin apa yang perlu dilakukan.
Walaupun membincangkan keadaan kritikal dan berkecamuk di Palestin, namun Mohammad sentiasa memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tenang dan penuh kesabaran.
Beliau seterusnya memberitahu, keadaan penduduk Palestin semakin buruk apabila Parlimen Israel meluluskan resolusi untuk menjadikan Israel sebagai negara Yahudi.
Keadaan ini jelasnya, bermakna penduduk Arab Palestin seramai kira-kira dua juta yang tinggal di Israel sejak tahun 1938 tidak mempunyai tempat di negeri itu.
Dengan menjadikan Israel sebagai negara Yahudi, secara tidak langsung kaum dan bangsa lain yang tinggal di situ tidak diiktiraf oleh rejim Israel.
“Walaupun keadaan semakin kritikal dan berbahaya untuk penduduk Palestin, namun tidak terdapat sebarang tekanan dari umat Islam di seluruh dunia untuk tampil menentang resolusi tersebut,” ujarnya.
Semua perundingan secara langsung atau tidak langsung dengan Israel katanya, tidak pernah mematuhi resolusi yang ditetapkan PBB dan sehingga hari ini, tiada perjanjian dua hala dapat dimeterai.
Mufti itu seterusnya memberitahu, rejim Israel merampas Al-Quds Timur dan Al-Quds Barat pada 1967 untuk dijadikan milik mereka. Tindakan merampas timur dan barat al-Quds itu telah mengakibatkan penduduk di Jurusalem berada di bawah penguasaan rejim Israel.
Dengan penguasaan itu ujarnya, rejim Israel telah cuba untuk menukar semua institusi dan yayasan kepunyaan orang-orang Arab menjadi kepunyaan mereka dan tindakan ini mendapat tentangan daripada penduduk Jurusalem.
Sebagai contoh kata Mufti itu, pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran Al-Quds turut tidak diiktiraf oleh rejim Israel.
Dalam pada itu, sistem pendidikan dan sosioekonomi penduduk Jurusalem juga cuba diubah mengikut budaya Yahudi.
“Kami cuba memulihara identiti Al-Quds serta cuba sedaya upaya tidak menyerah diri kepada rejim Israel.
“Rejim Israel cuba meyahudikan al-Quds dan di kawasan penempatan Yahudi dalam kawasan yang dirampas daripada orang-orang Arab yang dihalau keluar dari rumah yang didiami sekian lama.
“Rejim Israel membawa penduduk Yahudi untuk tinggal di rumah-rumah penduduk Palestin yang dihalau keluar, di samping membina rumah-rumah baru di sekeliling Jurusalem,” tegasnya.
Selain itu, kaum Yahudi kini giat menggali tanah di Jurusalem berdekatan Masjid Al-Aqsa dengan alasan mencari beberapa bahan-bahan sejarah kepunyaan kaum Yahudi atau yang ada kaitan dengan mereka. Perbuatan itu menyebabkan struktur pembinaan masjid itu semakin tergugat.
Dalam perkembangan terkini ujar Mohammad, rejim Israel cuba membina sebuah tempat sembahyang Yahudi berhampiran Masjid Al-Aqsa.
Rejim itu turut cuba membina tempat yang dinamakan dinding menangis (wailing wall) di tempat Nabi Muhammad SAW menaiki borak untuk naik ke langit dengan ciri-ciri Yahudi bagi mengubah identiti al-Quds, selain identiti Islam dan orang-orang Arab di Palestin.

Tiada ulasan: