::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Jumaat, 22 April 2011

Kisah di asrama lelaki

Bercerita tentang kisah di asrama, hanya mereka yang pernah tinggal dan melalui pengalaman di asrama sahaja tahu apa yang terjadi. Isu yang paling banyak diperkatakan sekarang ialah tentang gejala buli. Walaupun begitu masalah buli telah mendapat perhatian yang meluas oleh semua pihak dan berbagai tindakan dan rancangan untuk mengatasi gejala ini telah dan sedang dijalankan.
Sebenarnya ada satu lagi masalah besar di asrama yang kurang mendapat perhatian ialah gejala hubungan sejenis. Kenapa gejala ini kurang mendapat perhatian walaupun ianya umpama barah yang merosakkan sahsiah diri cerdik pandai yang tinggal di asrama jauh daripada ibubapa, adik beradik dan saudara mara.

Gejala hubungan sejenis ini banyak berlaku di kalangan pelajar lelaki dan amat kurang diceritakan secara terbuka. Hanya mereka yang terlibat atau nampak kejadian ini sahaja yang tahu. Sementara itu mereka yang terpaksa melakukannya pula takut dan malu melaporkan kepada warden atau pengetua.

Secara kasarnya ada beberapa cara perkara ini bermula;
  1. Pelajar senior yang mengambil junior sebagai adik angkat atau dikenali juga sebagai jambu dan melayan adik angkat ini dengan baik. Sudah tentu pelajar junior ini rasa seronok ada senior yang ambil berat tentang diri dia di asrama lebih2 lagi jauh dari keluarga. Bila senior ini mula ajak tidur bersama dan memujuk melakukan hubungan sejenis, junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana keliru dan serba salah.
  2. Terdapat juga senior yang mengambil kesempatan kepada junior dan melakukannya secara paksa. Junior ini akan diugut jika melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah. Junior ini terpaksa menyerah sahaja kerana takut.
  3. Ada juga yang buat secara sorok2. Mereka ini akan mencari kawan atau junior biasanya di dalam dorm yang sama yang tidur mati atau terlalu penat. Di tengah2 malam pelajar ini akan bangun dan dengan berhati2 akan meraba dan/atau menghisap kemaluan pelajar yang tidur mati ini.
  4. Terdapat juga yang suka sama suka dan biasanya terjadi hubungan sejenis ini tidak dirancang. Biasanya bermula dengan berkawan baik, semakin hari semakin rapat dan tanpa disedari timbul rasa sayang serta nafsu lalu terjebaklah dalam hubungan sejenis.
  5. Ada juga yang suka sama suka tapi tidak berkawan baik tetapi bermula dengan tidak sengaja. Biasanya bermula bila selalu tidur berdua di atas katil bujang yang hanya sesuai untuk seorang. Walaupun memang tidak ada niat untuk melakukannya tetapi keadaan telah mendorong nafsu songsang untuk menguasai diri.
Di dalam buku Petaka Abad ke 21 oleh Wan Azmi Ramli yang boleh diperolehi di Perpustakaan Negara Malaysia (361.109595 WAN D) ada menyebut tentang gejala hubungan sejenis ini. Di dalam buku tersebut ada menyentuh tentang gejala ini di sekolah berasrama penuh. Malah ada dinyatakan bila dirujuk kepada pihak kementerian, mereka menjawab perkara ini tidak wujud dan kalau adapun adalah pengalaman peribadi masing2. Menurut pihak kementerian lagi sekolah berasrama penuh mempunyai displin yang ketat dan aktiviti sosial dan keagamaan yang dapat mencegah berlaku perkara seumpama ini.

Masalahnya kenapa menafikan terus? Sedangkan hakikatnya gejala ini memang wujud tetapi umpama barah yang tidak disedari kewujudannya pada peringkat awal. Malah di internet pun ada banyak laman web dan blog yang bercerita tentang gejala ini amat berleluasa di sekolah berasramara penuh.

Sememang agak susah untuk mengenal pasti mereka yang terlibat kerana kebanyakan menyimpannya sebagai rahsia peribadi. Kebanyakan mereka juga berperwatakan seperti lelaki biasa tanpa ada tanda-tanda terlibat dalam gejala ini. Cuma mungkin ada yang menuding jari kepada mereka yang berwatakan lembut yang terlibat. Selagi tiada kajian yang terperinci yang dibuat, tiada siapa yang tahu betapa teruknya barah ini.
Di samping di asrama sekolah, di asrama institut pengajian tinggi juga pasti ada gejala ini. Malah mereka yang tidak pernah tinggal di asrama pun ada terlibat dengan gejala ini. Jadi bagaimanakah untuk mengatasi barah yang semakin parah menular di kalangan mereka yang terpilih dan cerdik ini?
Sebagai permulaaan semua pihak mesti mengakui kewujudan gejala ni di sekolah berasrama. Selepas itu satu pelan tindakan bolehlah dirancang untuk mencegah dan mengubati penyakit jiwa ini. Pihak sekolah dalam aktiviti keagamaan perlu menekan tentang hubungan seks sejenis adalah haram dan terdedah kepada penyakit HIV Aids. Jangan hanya fokus kepada hubungan haram antara lelaki dan perempuan. Pihak sekolah juga patut melarang pelajar tidur satu katil/tilam berdua kerana walaupun tanpa niat, perbuatan ini boleh memutikkan hubungan sejenis. Bagi pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan gejala ini, sessi kaunseling dan nasihat dari segi agama perlu diberi kepada mereka.

InsyaAllah dengan kesungguhan semua pihak gejala dapat dikurangkan dan kemudian dihapuskan terus.

Terkini : Satu Seminar Kesihatan Reproduksi Remaja bertema Remaja Bijak Jauhi Gejala Seksual telah diadakan HUKM, Cheras. Seminar ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah yang berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Kuala Lumpur. Di antara lain seminar ini membincangkan isu hubungan sejenis, ceritanya boleh dibaca di Homoseksual Boleh Diatasi.

2 ulasan:

HAJAR hasan berkata...

errr... tak dinafikan yang gejala ni ada berlaku. even bkn asrama lelaki je. kat asrama prmpuan pun sama. and Alhamdulillah. my hostel xde kes sebegini. ada badan yang bertanggungjawab utk mencegah ha-hal sebegini. ;)

nikeeya berkata...

hajar: a'ah..asrama nik duk dlu mmg susah nk stel..mla dr thun 2002 smpi skrg kes gdoh x leh stel..hurm