::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Rabu, 14 Disember 2011

HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM


Umat Islam pada dasarnya hanya ada dua perayaan iaitu, Eidul Fitri( Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha( Hari Raya Korban atau Haji). Hari-hari yang lain termasuklah Maulidur Rasul tidaklah ditekankan pada zaman awal islam. Umum mengetahui korban merupakan ibadat sunnah. Dalam Mazhab as- Syafie, ia merupakan Sunnah al-Muakkad. Namun hukumnya menjadi wajib andainya seseorang itu bernazar, malah haram ke atas si penazar dari memakan daging korban tersebut.Kembali kepada tajuk, umumnya sedia maklum, ramai antara masyarakat islam di Malaysia beranggapan haram memberikan daging korban kepada orang bukan islam. Saya akui ini adalah pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Bukan setakat orang-orang awam malah ramai juga ulama-ulama di Malaysia yang berpendapat sebegitu. Sebenarnya tiada dalil yang qat’ie tentang perkara ini. Ia hanyalah masalah ijtihad jadi kita kena berlapang dada dengan pendapat yang pelbagai meskipun bertentangan dengan pendapat atau pendirian kita.

Sejujurnya, sepanjang menyambut eidul adha di Sabah( sepanjang tahun 2002-2005), saya sentiasa memberi makan daging tersebut kepada orang-orang bukan islam. Sekitar tahun 2002- 2005, eidul adha disambut di luar musim cuti semester, jadi pelajar-pelajar yang datangnya dari jauh seperti Pantai Barat Sabah,tidak akan pulang bercuti. Lagipun cuti untuk eidul adha hanya sehari sahaja( 2 atau 3 hari bila ditambah cuti berganti). Jadi ramailah pelajar-pelajar kadazan/dusun yang beragama Kristian akan bersama-sama kami meraikan ediul adha. Dan, mereka juga turut menikmati hidangan daging korban tersebut.

Sebelum berbicara panjang, saya paparkan dahulu petikan dari web e-fatwa.

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Keputusan:Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam

2 ulasan:

Panggil Aku Han berkata...

nice sharing..:)
kebanyakkan org beranggapan ianya haram tetapi ianya tidak..
tetapi lbh baik beri pada yg diutamakan..:)

*emm nnt tukar setting pengesahan perkataan tu baru senang org lain nk komen lps ni..
maaf..^_^

nikeeya berkata...

Panggil Aku Han: owh..tenks..mmg kita x tahu kan..tp mmg pntg sgt dan wajib keatas kita utk ambil thu prkara mcm nie..

*owh..tenks2..nik dh cuba tkr tp x jadi2..napa tah..hihi..sowie yer..*