::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Selasa, 6 Disember 2011

WANITA KITA MUDAH DIPERANGKAP!!

NAMPAKNYA golongan wanita di Malaysia tidak pernah sunyi daripada pelbagai konflik yang terus mencengkam kehidupan mereka.


Daripada pelbagai gejala sosial seperti buang bayi hinggalah kepada cinta lelaki Lombok dan terkini terpedaya dengan 
cinta Internet.
 
Kecenderungan terkini menunjukkan wanita kita begitu mudah percaya dan terpedaya dengan lelaki yang mereka baru kenali dalam Internet seperti menerusi laman rangkaian sosial facebook. 

Laporan di akhbar tempatan menceritakan pelbagai kisah malang wanita kita yang ditipu oleh lelaki yang baru mereka kenali melalui facebook. 




Antaranya seorang wanita penjawat awam berjawatan pegawai dari Raub dilaporkan kerugian sebanyak RM10,000 angkara termakan pujuk rayu seorang lelaki ‘Mat Salih’ yang hanya dikenali tidak sampai dua bulan melalui facebook. 
Kita seolah-olah sukar untuk mempercayai perkara seperti ini boleh berlaku lagi-lagi ia membabitkan seorang wanita berpendidikan tinggi.

Insiden seperti ini membawa kita kepada beberapa persoalan yang perlu dirungkai dengan segera sebelum ia menjadi semakin parah dan sukar untuk dikawal.

Antaranya, kenapa begitu mudah wanita kita boleh terpedaya dengan mempercayai seorang lelaki yang tidak dikenali ataupun baru dikenali dalam Internet?

Apakah wanita kita semakin terdesak untuk mencari kasih dan sayang seorang lelaki yang tidak mampu diperoleh daripada lelaki tempatan sehingga sanggup berbuat apa saja untuk lelaki asing yang mereka baru kenali?

Jawapan kepada dua persoalan ini perlu dirungkai demi mencari kepastian dan punca kenapa wanita kita bertingkah laku sedemikian rupa.

Kita tidak mahu episod lari ke Lombok mahupun diperdaya menjadi ‘keldai dadah’ terus menghimpit wanita kita akibat kecuaian diri sendiri.

Walaupun pelbagai insiden seperti ini terus didedahkan media, ternyata wanita kita belum mampu menjadikan ia sebagai satu iktibar mahupun pengajaran.

Dalam konteks ini, keluarga perlu memainkan peranan supaya ia tidak berjangkit kepada anak perempuan mereka.

Ibu bapa perlu segera mencarikan pasangan hidup kepada anak perempuan mereka apabila sampai waktunya tanpa berlengah kerana kelewatan mahupun kesukaran untuk berumah tangga atau mencari pasangan hidup dilihat antara punca berlakunya masalah mencari cinta dalam Internet seperti ini.

Dalam pada itu lelaki tempatan juga perlu menjadikan isu ini sebagai satu cabaran kepada mereka untuk merebut hati dan cinta wanita tempatan.

Ternyata kegagalan mereka bertakhta di hati wanita tempatan mendorong golonga hawa kita mencari kasih asing.

Kepada golongan wanita, carilah lelaki tempatan untuk jaminan masa hadapan anda.
Usahlah menagih cinta lelaki hidung belang yang kebiasaannya ada agenda tersembunyi dan berakhir dengan duka.

Semoga kaum wanita kita segera sedar dan menjaga kehormatan, keselamatan dan maruah diri masing-masing.

Janganlah mudah terpedaya dengan pujukan dan rayuan cinta Internet yang jelas tidak ke mana hala tujunya. 

2 ulasan:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata...

akibat terlalu percaya rakan internet.hurm..

nikeeya berkata...

a'ah...skrg nie mcm dh blaku..kna hati2 mmlilih rakan2 tu..hurm