Mereka yang mempunyai saka boleh mengetahui secara umumnya apabila mengalami gejala-gejala yang disenaraikan berikut:
1. Gejala sewaktu tidur:
- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
- Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
- Mimpi berada di tempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
- Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (berlaku kepada golongan wanita).
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Mimpi bertemu paderi.
- Merintih dan menangis ketika tidur.
2. Gejala ketika waktu jaga:
- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
- Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
- Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
- Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
- Lenguh di sendi-sndi utama.
- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
- Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
- Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis link.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.
Peringatan: Untuk kepastian, jumpalah perawat. Sebaiknya berjumpalah mereka yang arif berkenaan Rawatan Islam. Jauhi syirik dalam rawatan, carilah redha Allah s.w.t.
2 ulasan:
ooo... baru tahu pasal petanda ni.. hehe~
bella bell:haha..tu la..nir pn bru tawu..:)
Catat Ulasan