::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Jumaat, 16 Disember 2011

KENALI RACHEL CORRIE

Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di Gaza. Ini bukan rekaan nik sendiri tapi nik dapat sedikit maklumat dari wikipedia tentang kisah beliau ini.



Rachel Corrie atau nama sebenarnya Rachel Aliene Corrie dilahirkan pada tanggal 10 April 1979 merupakan seorang aktivis warganegara Amerika Syarikat dan Anggota Pergerakan Antarabangsa (ISM).


Beliau jadikan Palestin sebagai tempat untuk membantu rakyat-rakyat disana yang hidup serba ketakutan dan serba kekurangan. Beliau merupakan seorang pelajar di The Evergreen State College dan telah mengambil keputusan untuk memohon kebenaran cuti selama setahun untuk ke Semenanjung Gaza.


Beliau terbunuh di Genting Gaza pada 2003 apabila dilenyek oleh jentolak Israel semasa mempertahankan bumi Gaza daripada pendudukan Israel. Beliau melutut di hadapan sebuah rumah Palestin, bertindak sebagai perisai manusia, dalam cubaan menghalang perobohan rumah-rumah orang Palestin.


Video dibawah menunjukkan gambar-gambar Rachel Corrie selepas dilenyek oleh jentolak Israel.





Selepas kematian Rachel Corrie, namanya diberi pada sebuah kapal Pergerakan Bebaskan Gaza MV Rachel Corrie.

Tiada ulasan: