::Ruang Sedekah::

::tengok sini::

Photobucket

::kalkulator loan rumah::

::Ruang Sedekah::

Anda suka pada blog ini?

Isnin, 18 April 2011

AZAB YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH PEMAIN BOLA KITA..

Bayangkan senario ini - anda bersama rakan-rakan lain melalui lobi hotel, dibaling objek, paket gula dan diludah sebelum dibawa masuk ke dalam kereta berperisai yang panas biarpun ada penghawa dingin untuk perjalanan 500 meter yang mengambi...l masa 30 minit!

Begitulah keadaannya bagi K. Rajagobal dan anak buahnya menjelang satu jam sebelum final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta Rabu lalu.

Asalnya, pemain patut dibawa ke stadium menaiki bas. Kemudian dicadangkan menaiki kereta. Pada saat akhir, jawatankuasa penganjur memaklumkan enam kereta perisai Barracuda tersedia untuk membawa pemain dan pegawai ke dalam perut Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Rajagobal bersama Datuk Subahan Kamal serta Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Izzaq Faris Ramlan dan Tan Cheng Hoe bersempit-sempit masuk ke dalam kereta khas macam nak pergi perang yang boleh memuatkan 10 orang.

Kalaulah mereka menaiki bas, tentunya bas itu diguling, seperti yang Mat Bola dalam Rembat Kosmo! ramalkan.

Malaysia boleh bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran apabila bertandang ke Jakarta Rabu ini. Berikut senarai cabaran yang menanti.

1. Tiada kawalan keselamatan untuk penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana petugasnya yang memakai seragam, sekadar pemerhati. INI TIDAK BERLAKU, HHEHE...ADA 10,000 PETUGAS KESELAMATAN YANG MENGAWAL SUASANA.
2. Jakarta terkenal dengan kesesakan lalu lintas atau macet. Tapi pasti tiada usaha memberi laluan kepada bas pasukan Malaysia. K. Rajagobal dan anak buahnya akan menharungi macet untuk pergi dan pulang dari gelanggang latihan. BETUL, KE LEBAK BULUS SETENGAH JAM, TAPI MACET PUNYA PASAL, DUA JAM LA...ADA KE PENGANJUR TIDAK BOLEH JAMIN KESELAMATAN KALAU BERLATIH DI STADIUM?
3. Jika Malaysia memberi 15,000 tiket kepada Kedutaan Indonesia untuk pertemuan di Stadium Nasional, berapa puluh keping agaknya PSSI akan beri kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta? HAH, TENGOK, TIKET VIP PUN DUDUK BELAKANG GOL, MACAM MANA?
4. Bas pasukan Malaysia akan dibawa ke satu tempat sesak dengan penyokong Indonesia untuk dicerca, diherdik dan dicaci. TAK JADI, PASAL NAIK BARRACUDA HAHAHA
5. Gelanggang latihan yang diberi macam batas tanam ubi. LEBIH KURANG LAH
6. Jaga-jaga dengan air minuman dan ais. Pastikan ia dimasak.
7. Suasana bingit dengan mini vuvuzelas dibunyikan sehingga pemain tidak dapat mendengar sesama sendiri. BETUL, TANYALAH SESIAPA YANG ADA DALAM STADIUM...
8. NegaraKu akan tenggelam dengan kebisingan lebih 90,000 penyokong Indonesia.
9. Tiada kawalan keselamatan di hotel rasmi dan jangan terkejut jika pemain Indonesia terpaksa menggunakan laluan kakitangan hotel untuk ke tempat makan bagi mengelak gangguan.. Hati-hati dengan penyokong, sama ada mereka berniat baik atau jahat. BETUL, PEMAIN KITA TERPAKSA GUNA LIF KAKITANGAN!
10. Dari hotel rasmi ke Stadium Utama jaraknya cukup dekat, tetapi ia akan mengambil masa hampir setengah jam untuk memasuki stadium. Bas akan ditendang, dipukul dan suasananya menakutkan pemain muda. HABIS, KERETA BERPERISAI PUN KENA TENDANG!!!

Mujurlah perang ini dimenangi hasil jaringan Safee Sali sekali lagi, sambil Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan penalti. Jaringan sendiri Muslim Ahmad menghadiahkan Indonesia kemenangan tetapi Piala AFF milik Malaysia buat julung kali...

Beberapa minit selepas wisel penamat dibunyikan, aku berceloteh dengan Hj Nazri Kahar dalam Sudut Pandang, Astro Awani...

Macam sehari selepas final pertama di Stadium Nasional, aku dipelawa berkongsi pendapat dalam Agenda Awani bersama Dzulfitri Yusop dan Azfendy Azzuddin.

Kepada yang kata aku silap meramalkan rusuhan di stadion, hahahaha itulah namanya MEDIA WARFARE..

Alamak, some Aussie, perhaps a personal friend of Ben Williams, writing an article which does not reflect his stature as a respected pundit. Fink stinks la...read here. If only he had the gone the extra mile to discover the pyrotechnics was started by who else but the Indonesians on the opening day of the tournament, Fink would not have written this article. Fink is perhaps a house mate of Williams, the notorious Aussie ref who sent off three players in that infamous encounter against China in the Asian Games!

Tiada ulasan: